SILA KLIL

Friday, August 30, 2024

MENDIDIK INSAN DIGITAL: IMPAK PdPc DIGITAL DALAM PENINGKATAN AKADEMIK

 Slot pembentangan dalam Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-17: Kepimpinan Instruksional Peneraju Pembelajaran Digital - Anjuran IAB Cawangan Utara, Jitra, Kedah pada 3-5 September 2024. KLK GAMBAR SLAID PERTAMA DI BAWAH INI untuk ikuti bahan pembentangan perkongsian dgital ini.






Tuesday, October 19, 2021

SALAM MAULIDURRASUL SAW

Selamat meraikan sambutan Maulidurrasul SAW dengan penuh penghayatan dan semoga kita menjadi hamba yang dikasihi Allah dan RasulNya.

Sunday, April 12, 2020

STAY At HOME

Marilah kita bersama-sama duduk di rumah dan memutuskan jaringan Covid 19.
Stay at Home. Stay Safe. Insya Allah Kita dalam perliharaan Nya selalu. Sesungguhnya Pendamik Covid 19 ini benar-benar menguji kita untuk menjadi hamba Nya yang bersyukur dan beriman.

Saturday, June 24, 2017

SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN

Related image

DENGAN PENUH RASA SYUKUR,
SAYA & SELURUH SEISI KELUARGA:


WAN MOHD ZUHAIRI, AIDA,
WAN FARIS FAWWAZ,
WAN FADHIL FAYYADH,
WAN HAKIM HAYYAN, 

WAN HAZIM HAMMAD,
WAN ZAHIR AFFAN &
WAN ZAMIL AMMAR


MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN KEPADA SELURUH KAUM KERABAT, SAHABAT HANDAI, RAKAN SETUGAS, KENALAN, JIRAN TETANGGA, GURU-GURU DAN SELURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI MANA JUA. HALALKAN MAKAN MINUM, MAAFKANLAH SALAH DAN SILAP SEPANJANG MASA KITA BERSAMA-SAMA. SEMOGA KITA SEMUA BERADA DI DALAM RAHMAT DAN KEREDHAAN ALLAH PADA SETIAP MASA INSYA ALLAH. 
من العائدين والفائزين كل عام وأنتم بخير






JEMPUT RAYA KE BLOG TERBUKA AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA SEMUA. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. WALAUPUN SINGGAH KEJAP DAN TAK DAPAT MENJAMU SELERA, CUKUPLAH MENIKMATI SEDIKIT HIDANGAN YANG SAYA SEDIAKAN DI BLOG INI. MAKLUMLAH, RAYA KAT BLOG MACAM NI AJE LAH ALA KADAR. TERIMA KASIH DAN MOGA ALLAH BERKATI KUNJUNGAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN.



























RAMADHAN SUDAH BERAKHIR

Bulan Ramadhan beransur pergi.
Bulan penuh barokah sudah meninggalkan kita.
Tidak ada siapa yang yakin dapat bertemu dengan Ramadhan berikutnya.
Tidak ada yang yakin dapat dijumpakan lagi dengan bulan Al Qur’an.
Tidak ada yang yakin dapat bersua kembali dengan bulan yang begitu mudah untuk beramal.
Lihatlah bagaimanakah para salaf selalu berdo’a selama enam bulan untuk diperjumpakan kembali dengan bulan Ramadhan.
Mereka pun berdo’a di enam bulan lainnya agar amalan-amalan mereka diterima.

Itulah kerisauan para salaf.
‘Ali bin Abi Thalib mengatakan, “Mereka para salaf begitu berharap agar amalan-amalan mereka diterima daripada banyak beramal.
Bukankah engkau mendengar firman Allah Ta’ala,
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al Ma-idah: 27)”
Dari Fudholah bin ‘Ubaid, beliau mengatakan, “Seandainya aku mengetahui bahwa Allah menerima dariku satu amalan kebaikan sebesar biji saja, maka itu lebih kusukai daripada dunia dan seisinya, karena Allah Ta’ala berfirman,
إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertakwa.” (Qs. Al Ma-idah: 27)”
Ibnu Diinar mengatakan, “Tidak diterimanya amalan lebih ku risaukan daripada banyak beramal.”
Abdul Aziz bin Abi Rowwad berkata, “Saya menemukan para salaf begitu semangat untuk melakukan amalan solih. Apabila telah melakukannya, mereka merasa khawatir apakah amalan mereka diterima ataukah tidak.”
‘Umar bin ‘Abdul Aziz berkata tatkala beliau berkhutbah pada hari raya Aidil Fitri,
“Wahai sekalian manusia, kalian telah berpuasa selama 30 hari.
Kalian pun telah melaksanakan solat tarawih setiap malamnya.
Kalian pun keluar dan memohon pada Allah agar amalan kalian diterima.
Namun sebagian salaf malah bersedih ketika hari raya Aidil Fitri.
Dikatakan  kepada mereka, “Sesungguhnya hari ini adalah hari penuh kebahagiaan.”
Mereka malah mengatakan, “Kalian benar.
Akan tetapi aku adalah seorang hamba. Aku telah diperintahkan oleh Rabbku untuk beramal, namun aku tidak mengetahui apakah amalan tersebut diterima ataukah tidak.”
Itulah kekhawatiran para salaf.
Mereka begitu khawatir kalau-kalau amalannya tidak diterima.
Sungguh, teramatlah jauh kita dengan mereka.

Keadaan seorang hamba di akhir Ramadhan, seharusnya penuh ampunan.
Az Zuhri berkata, “Ketika hari raya Aidil Fitri, banyak manusia yang akan keluar menuju lapangan tempat pelaksanaan solat sunat hari raya, Allah pun akan menyaksikan mereka.
Allah pun berfirman, “Wahai hambaku, puasa kalian adalah untuk-Ku, solat-solat kalian di bulan Ramadhan adalah untuk-Ku, kembalilah kalian dalam keadaan mendapatkan ampunan-Ku.”
Ulama salaf lainnya mengatakan kepada sebagian saudaranya ketika melaksanakan solat ‘ied di tanah lapang,
“Hari ini suatu kaum telah kembali dalam keadaan sebagaimana ibu mereka melahirkan mereka.”

Qotadah mengatakan, “Siapa saja yang tidak diampuni di bulan Ramadhan, maka sungguh di hari lain ia pun akan sulit diampuni.”

Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan, “Tatkala semakin banyak pengampunan dosa di bulan Ramadhan, maka siapa saja yang tidak mendapati pengampunan tersebut, sungguh dia telah terhalangi dari kebaikan yang banyak.”

Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu Akbar wa lillahil hamd.
Di penghujung bulan Ramadhan ini, hanyalah ampunan dan pembebasan dari siksa neraka yang kami harap-harap dari Allah yang Maha Pengampun.
Kami pun berharap semoga Allah menerima amalan kita semua di bulan Ramadhan, walaupun kami rasa amalan kami begitu sedikit dan begitu banyak kekurangan di dalamnya.

Taqobbalallahu minna wa minkum (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian).
Semoga Allah menjadikan kita insan yang istiqomah dalam menjalankan ibadah selepas bulan Ramadhan.

Saturday, July 23, 2016

KIT INTERVENSI KECEMERLANGAN 2016 (SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JPN KELANTAN)

ASSALAMUALAIKUM, KIT INTERVENSI INI MENGANDUNGI BAHAN LATIH TUBI KECEMERLANGAN YANG DISEDIAKAN OLEH PANEL DARIPADA GPI, GBA NEGERI KELANTAN. BAHAN SOKONGAN INI BOLEH MENJADI SEBAHAGIAN BAHAN SOKONGAN TAMBAHAN SEBAGAI "TOOLS" UNTUK MEMBANTU PELAJAR MENCIPTA KECEMERLANGAN DALAM PT3 DAN SPM 2016 INSYA ALLAH. SILA KLIK DI PAUTAN DI SEBELAH KANAN BLOG INI UNTUK DOWNLOAD DARIPADA GOOGLE DRIVE YANG KAMI KONGSIKAN UNTUK SEMUA. SALAM HORMAT DARIPADA KELUARGA PENERBITAN DI SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM, JABATAN PENDIDIKAN KELANTAN DAN SELURUH AHLI PANEL SEKALIAN.

Sunday, March 13, 2016

MOHON MAAF UNTUK SEMUA: CERITA ILMU YANG DAPAT DIMANFAATKAN

Hari ini, 14 Mac 2016... lebih kurang 2 tahun saya tidak update my blog. Apabila saya meng'post' last posting pada 27 Julai 2014, seolah2 itulah posting terakhir dan tiada perkongsian terbaharu, macam ownernya sudah meninggal dunia, sedangkan saya melihat saban hari, ada sahaja pengunjung yang melawati blog saya ini... 53,368 lawatan. Saya memohon maaf atas kekurangan ini. Nantilah kalau ada kelapangan masa dan umur, saya update ilmu dan perkongsian di sini. Moga jadi sedikit علم ينتفع به sedikit perkongsian di sini. Mungkin kerana tidak sempat. Apa yang saya buat sekarang ni ialah share info bermanfaat dan menarik di:  my Wall FB sahaja, satu kerja mudah utk panjangkan sharing ilmu dgn orang yang masih hidup. Just click and share je, dan ia kekal terpampang di situ selagi kita tidak remove. Mari kita pakat rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.

Cuba anda klik BLOG ARMAN, sahabat saya yang last postingnya pada tahun 5 November 2009, sebenarnya dia telah kembali ke rahmatullah pada hujung tahun tersebut (masa tu dia bertugas di Amman Jordan sebagai Attache Pendidikan), tetapi sampai kini blognya masih boleh dibuka, ada cerita dia mengislamkan seseorang di situ. 

Sunday, July 27, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI






Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Wa Lillahilhamd.
Selamat menyambut Hari Raya Puasa untuk seluruh umat Islam. Setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadhrat Allah kerana memberikan kesempatan untuk kita menyambut Aidil Fitri pada tahun ini. Sesungguhnya terdapat hanya dua hari sahaja yang diiktiraf oleh Rasulullah s.a.w. sebagai Hari Raya bagi umat Islam iaitu Aidil Fitri dan Aidil Adha.

1 Syawal sudah tentu menjanjikan kenikmatan dan kesyukuran bagi hamba-hamba Allah yang telah berpuasa dengan sempurna. Kedatangan Syawal sewajibnya disambut dengan penuh bermakna. Bermula dari malam Hari Raya, kita sudah disunatkan memperbanyakkan takbir, tahmid, tasbih dan tahlil. Kesemuanya ini adalah untuk membesarkan, memuji dan mensucikan Allah Taala.

Di dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah terhadap petunjuk yang telah diberikan kepada kamu. Mudah-mudahan kamu mensyukuri-Nya." (al-Baqarah : 185)

Sejak daripada awal pagi lagi, kita disunatkan bangun dan mandi sunat Aidil Fitri serta membersihkan diri. Selepas menunaikan solat Subuh, kita disunatkan memakai pakaian yang baru dan cantik serta wangi-wangian sebagai menunjukkan kesyukuran menyambut Hari Raya.

Di waktu pagi juga kita disunatkan untuk makan sedikit makanan bersama keluarga sebelum pergi menunaikan solat sunat Aidil Fitri secara berjamaah. Ini adalah sebagai menandakan sudah berakhirnya bulan puasa dan haram bagi sesiapa yang berpuasa pada hari raya.

Di awal pagi hari raya juga umat Islam disuruh supaya saling mengucapkan tahniah sempena kedatangan hari yang mulia. Di dalam satu riwayat Jubair bin Nufair berkata yang bermaksud : "Adalah sahabat Rasulullah s.a.w. apabila berjumpa satu sama lain di hari raya, mereka mengucapkan: ‘Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan engkau."

Bagi mereka yang mempunyai ibu bapa yang masih hidup, perkara yang paling mulia dilakukan di awal pagi ialah memohon maaf dan restu daripada kedua orang tua. Jika mereka telah kembali ke rahmatullah, maka ziarahilah pusara mereka berdua. Tiadalah hadiah yang paling bermakna bagi ibu dan bapa kecuali doa daripada anak-anak yang soleh.

Di samping itu amalan ziarah-menziarahi di antara kaum kerabat dan rakan taulan amat dituntut sekali oleh Islam. Sebarang perasaan tidak puas hati, prasangka dan perkara-perkara yang boleh menggugat keutuhan masyarakat dapat dikuatkan kembali dengan aktiviti ziarah menziarahi terutama sekali ketika menyambut hari lebaran.

Sambutan Hari Raya juga mestilah bersih daripada dosa dan nista. Elakkan daripada pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim secara bebas. Begitu juga dengan hiburan yang tidak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh agama Islam. Janganlah keberkatan dan pahala ibadah sebulan lamanya dengan segala kesukaran menghadapi dugaan dan cabaran; hilang lenyap sekelip mata semasa menyambut hari raya pertama lagi. Ingatlah sebuah hadis yang bermaksud : "Solat lima waktu, Jumaat ke Jumaat, Ramadan ke Ramadan menutup segala dosa yang terjadi di antaranya apabila dijauhi segala dosa besar." Oleh itu berusahalah untuk tidak mencemari diri dengan dosa sehingga tibanya Ramadan akan datang. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri