SILA KLIL

Saturday, October 3, 2009

70 MURID TURUS JAYAKAN KIOS j-QAF DI GUA MUSANG








SK Tengku Muhd Fakhri Petra telah memberi tauliah Murid Turus kepada seramai 70 orang murid kelas j-QAF telah menguasai aspek pembacaan al-Quran. Kumpulan Murid Turus ini membantu guru dalam proses P&P Khatam al-Quran dan Tasmik. Pengurusan j-QAF sekolah juga telah menubuhkan Kiosk j-QAF yang berfungsi sebagai Klinik al-Quran yang dianggotai oleh Murid Turus dengan bimbingan Guru Pembimbing. Murid-murid yang memerlukan bimbingan rakan sebaya secara bergilir-gilir di Kiosk j-QAF pada waktu rehat.

Saturday, September 19, 2009

HARI RAYA PERTAMA 2009


Syukur Lebaran datang lagi. Yang paling gembira mestilah anak-anak. Diorang dapat duit raya. Kita yang tua ni tumpang seronok tengok anak-anak happy. Dah sebulan sahur, puasa dan berbuka, terawih dan ikuti rutin Ramadan...pastinya banyak kenangan manis berpuasa bersama anak-anak yang sedang membesar. Kenangan inilah yang pernah dilalui ibu dan ayah kita masa kita kecil-kecil dahulu. Sebab tu, kalau raya kita jangan lupa mak dan ayah. Nanti kecil hati mereka. Ok lah, hari ini hari raya pertama, saya tak nak sembang panjang....cuma sedikit foto yang dirakam sekitar sambutan raya pertama tadi. Petang ni nak gi sambung ziarah pulak, esok nak balik kampung kat Kuala Terengganu pulak.



Sarapan Pagi Raya di dapur Bonda bersama isteri dan anakanda tercinta.



Zahir Affan dah risau takut kena tinggal.



Hazim Hammad dah dapat duit tak lepas dengan botol susu kesayangan.



Hati-hati, jangan berebut nanti pecah. Budak macam tu lah, kalau kat rumah sendiri tak tengok pun, tapi kat rumah orang dia mesti tunjuk skill.



Ni kat rumah Paksu Roni... team pink lawan yellow nampaknya. Macam nak berbalas pantun.

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI


ASSALAMUALAIKUM

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA SAYA SEKELUARGA UNTUK BONDA, KEKANDA2, ADINDA2, ANAK-ANAK SAUDARA SERTA SELURUH SEISI KELUARGA DI PASIR PEKAN, KUALA TERENGGANU, KOTA BHARU, TANAH MERAH, KUARA KRAI, CHANGLUN, KUTAN DAN TUMPAT. JUGA KEPADA SAHABAT-SAHABAT DI JPN, KPM, LPM, PPD, SERTA DI SEKOLAH, JIRAN TETANGGA DAN SEMUA KENALAN YANG DIKASIHI SEKALIAN.

UCAPAN KHUSUS JUGA UNTUK SAHABAT-SAHABAT DI SPI, JPN KELANTAN, PP j-QAF DI SPI, JPN SELURUH NEGARA DAN PEGAWAI j-QAF DI PPD KELANTAN, GURU-GURU GPI & j-QAF, DAN SEMUA SEKALI.

HALALKAN MAKAN MINUM DAN MOHON MAAF JIKA TERDAPAT SILAP CAKAP, SALAH PERTIMBANGAN DAN SEGALA KESILAPAN SERTA GURAU SENDA YANG MUNGKIN TANPA DISEDARI MENGGURIS HATI KALIAN SEMUA.... SAYA MOHON MAAF ZAHIR BATIN DARIPADA KALIAN SEMUA. MOGA SAMBUTAN HARI RAYA INI MENGINSAFKAN KITA BETAPA LEMAHNYA KITA DIHADAPAN KEBESARAN ILAHI YANG MENGURNIAKAN SERIBU SATU NIKMAT DAN RAHMAT NYA UNTUK KITA SEMUA.


TERIMA KASIH KERANA MENZIARAHI BLOG SAYA YANG TIDAK SEBERAPA INI. KALAU ADA MASA JEMPUTLAH KE RUMAH. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

ADAB MENYAMBUT HARI RAYA


Ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambut ketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

1. Bertakbir
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:
“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

2. Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri
Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

3. Meneruskan qiamullail
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

4. Mandi pada pagi hari raya
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:
“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

5. Ziarah menziarahi & Menghubungkan Silaturrahim
Peruntukkan masa emas kita dihari mulia ini untuk merapatkan hubungan sesama muslim lebih-lebih lagi yang ada hubungan tali persaudaraan, rakan taulan dan jiran tetangga. Raya disambut, perpaduan ummah akan dipupuk.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN.

CUTI RAYA


Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua. Semua dah mula cuti. Perantau dah sampai balik ke pangkuan keluarga. Raya Pertama insya Allah beraya di Pasir Pekan. Kalau sahabat yang tinggal kawasan ni, jemputlah ke rumah. Raya kedua cadang nak ke Kuala Bekah, Kuala Terengganu...beraya kat sana sambil cuti balik kampung. Baru ni tak sempat ke sana kerana kebetulan anakanda ambil UPSR. Anyway, hati-hati memandu di jalan raya. Biar lambat asal selamat sejahtera, siksa batin menunggu giliran dalam trafik jam tu, bawak-bawaklah bersabar dan hiburkan diri dengan celoteh bersama anak isteri yang ada dalam kereta sambil dengan halwa radio atau kaset. Moga tarbiah Ramadan dapat menurunkan kadar kemalangan dalam Ops Sikap tahun ini insya Allah. Saya mula kerja semula hari Ahad 27/9/09 insya Allah. Selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Maaf Zahir Batin.

Tuesday, September 15, 2009

SELAMAT BERPUASA



SAHABAT-SAHABATKU SEKALIAN.....
SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
RAMADAN KAREEM, كل عام وأنتم بخير



MOGA RAHMAT ALLAH BERGANDA-GANDA, BERKAT DAN REDHA-NYA MENCURAH-CURAH DAN KEAMPUNANNYA MILIK KITA.




اللهم لك صمنا وبك آمنا وعلى رزقك أفطرنا فاغفرلنا ذنوبنا برحمتك يا أرحم الراحمين
اللهم بارك لنا فيما رزقتنا وقنا عذاب النار

SEGERAKANLAH BERBUKA SEBAIK MASUK WAKTU, BERDOA DAN MULAKAN DENGAN TAMAR DIIKUTI AIR DAN JUADAH ISTIMEWA LAIN.


BERPUASALAH BILA KELIHATAN HILAL RAMADAN.
SAMBUTLAH HARI RAYA BILA KELIHATAN HILAL SYAWAL.
DEMIKIANLAH KEAGUNGAN TUHAN YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG YANG MEMBERIKAN REZEKI UNTUK KITA SEMUA.


HIASILAH MALAM RAMADAN DENGAN TERAWIH DAN QIAMULLAIL.
SUJUD DIPANGKUAN ILAHI.


MERIBA, MENATAP DAN MEMBACA AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN AL-KARIM. BERTILAWAH DAN BERTADARUS MEMENUHI SIANG DAN MALAM RAMADAN AL-MUBARAK.


INDAHNYA RAMADAN ANUGERAH ILAHI UNTUK HAMBANYA YANG BERIMAN.
SEMOGA KITA SEMUA BEROLEH KEMENANGAN DAN KEJAYAAN.

Saturday, September 12, 2009

AL-FATIHAH.... Mana Milik Kita?





MANA MILIK KITA?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya

Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga
Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit
Mengungkit jasa kita
Jasa kita di sisi-Nya
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu
Untuk khidmat kepada-Nya
Selepas itu lupakan saja
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

Sunday, July 19, 2009

PROSES LAPORAN 6 BULAN PERTAMA j-QAF

Terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam proses pengisian data e-Laporan 6 Bulan Pertama j-QAF di sekolah-sekolah negeri Kelantan. Mengikut jadual tindak ikut yang ditetapkan, semua proses pengisian ESEKOLAH telah pun selesai dan sekarang di peringkat EPPD. Walau baaimanapun, jika terdapat kesilapan dalam pelaporan, pembetulan boleh dibuat dengan menghubungi Pegawai j-QAF PPD dan JU Pelaporan PPD masing-masing. Kepada sahabat-sahabat Pegawai j-QAF PPD sekalian, proses import dan eksport data perlu menggunakan enjin eSetup yang baru. Mesyuarat penyelarasan e-Laporan peringkat JPN akan diadakan minggu minggu ini insya Allah. Terima Kasih.

Wednesday, July 8, 2009

Everything Happens For The Good



There was once a King who had a wise advisor. The advisor followed the King everywhere, and his favorite advice was, “Everything happens for the good”. One day the King went hunting and had a little accident. He shot an arrow at his own foot and was injured. He asked the advisor what he thought about the accident, to which the advisor replied, “Everything happens for the good”. This time the King was really upset and ordered for his advisor to be put in prison. The King asked his advisor, “Now, what do you think?” The advisor again replied, “Everything happens for the good”. So the advisor remained in prison.

The King later went on a hunting trip, this time without the advisor. The King was then captured by some cannibals. He was taken to the cannibals' camp where he was to be the evening meal for the cannibals. Before putting him into the cooking pot he was thoroughly inspected. The cannibals saw the wound on the King’s foot and decided to throw him back into the jungle. According to the cannibals' tradition, they would not eat anything that was imperfect. As a result the King was spared. The King suddenly realized what his advisor said was true. The advisor also escaped death because had he not been in prison, he would have followed the King on the hunting trip, and would have ended up in the cooking pot.



Success Principles

It is true that everything in life happens for a purpose, and always for our own good. If you think about it, all our past experiences actually happened to bring us to where we are today, and it is always for the good. All the past experiences makes us a better person. So, whatever challenges that we may face today, consider it happening to bring us to the next level.

Monday, June 8, 2009

KURSUS PEDAGOGI GPI Program j-QAF

Baru-baru ini telah diadakan Kursus Pedagogi P&P Pendidikan Islam untuk GPI Tahun 5 di sekolah pelaksanaan Program j-QAF Kohort 2005 dan GPI Tahun 1 bagi Kohort 2009. Kursus sehari suntuk dilaksanakan selama 2 siri di SK Bukit Jawa (2), Pasir Puteh dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Pengisian utama kursus ini ialah pendedahan kepada pendekatan P&P termasuk Pengajaran Kolaboratif dan Pembelajaran Koperatif kepada GPI yang baru terlibat dalam pelaksanaan program j-QAF. Semua model j-QAF didedahkan secara khusus oleh penceramah yang terdiri daripada JU, Pegawai j-QAF PPD dan pegawai daripada SPI JPN sendiri. Terima kasih kepada Ustaz Ghazali Mat Taib (PP Pend. Islam Teras (Rendah) SPI, JPN selaku pengurus projek dan dua tonggak JU Ustaz Husni Nasim SK Muhammad Tengku Fakhri Petra dan Ustaz Nik Ahmad Haziki SK Tanah Merah (1) serta Ustazah Azizah SK Seri Kota. Terima kasih juga kepada IPKB atas kerjasama baik ini. Pegawai-Pegawai j-QAF PPD dan JPN juga telah membuat satu pemantauan P&P secara khusus di SK Bukit Jawa (2) semasa slot Pemulihan Jawi dibentangkan oleh JU. Kelas Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang sedang berlangsung sempat dicerap secara berkumpulan oleh pegawai yang hadir di situ. Hasilnya satu sesi dialog dan bimbingan secara hands on juga sempat dilaksanakan selepas itu bersama semua GPI, Guru j-QAF dan Guru Besar sendiri. Banyak input dan maklumat dapat disalurkan secara terus hasil pemantauan itu yang diharapkan memberi manfaat kepada pelaksanaan j-QAF di sekolah ini.