SILA KLIL

Friday, December 18, 2009

AL-FATIHAH UNTUK SAHABATKU ARMAN.....


AL-FATIHAH...Semoga rohmu selamat mengadap Rabbul Jalil dengan tenang dan mendapat rahmat dan maghfirah daripadanya. Semoga segala ilmu dan idea yang kau berikan, semoga persahabatan yang pernah terjalin, semoga setiap hasil usahamu yang bertebaran di dalam kelas-kelas j-QAF, semoga usaha yang pernah kau lakukan bersama-sama dahulu menjadi sesuatu yang amat berharga untuk dirimu dan kami semua yang masih hidup. Sesungguhnya pemergianmu di saat dunia masih memerlukan insan yang yang berjiwa besar amat dirasai. Doa kami yang masih diberi ruang masa oleh Allah, akan terus berusaha dan moga-moga Allah akan terus memberkati yang hidup dan yang telah mati. Al-Fatihah.
























TAKLIMAT PERSEDIAAN j-QAF 2010 NEGERI KELANTAN


Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan selamat mengadakan 6 Siri Taklimat Persediaan Pelaksanaan Program j-QAF 2010 kepada Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran dan GPI Tahun 2010 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Taklimat bermula pada 8-10/12/2009 dan 13-15/1/2009 mengikut kohort 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Kandungan taklimat adalah lebih menekankan aspek post mortem pencapaian 6 bulan kedua 2009, pelaporan, maklum balas pemantauan serta pelaksanaan sepanjang tahun 2009. Turut ditekankan adalah berkenaan dengan senarai semak pelaksanaan yang perlu dikemas kini selewat-lewatnya pada 7/1/2010. Semua siri taklimat diberikan oleh saya dan Ustaz Ghazali Mat Taib. KS juga sempat bersama memberi amanat dalam siri ke 4 dan 5. Terima kasih kepada sahabat Pegawai j-QAF PPD yang turut hadir menjadi urusetia dan pemudah cara dalam setiap slot. Maklumat lanjut berkenaan dengan senarai semak akan saya link di sini nanti. Ada banyak perkara perlu diupdatekan tetapi perlu dimurnikan sedikit lagi.

Sunday, December 6, 2009

MAHRAJAN j-QAF & MAJLIS KHATAM AL-QURAN


MAHRAJAN j-QAF & MAJLIS KHATAM AL-QURAN Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kelantan Kali Ke-4 Tahun 2009 telah diadakan pada 12 November 2009 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa. Majlis dirasmikan oleh YABrs. Tuan Hj. Mohd Ghazali Ab Rahman, Pengarah Pelajaran Kelantan.








Sunday, November 22, 2009

KLAQ 2009





SAMBUT JENAZAH DARI LUBOK ANTU

Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan pegawai-pegawai JPN Kelantan dan PPD Tumpat adalah antara yang turut berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menyambut ketibaan jenazah seorang guru j-QAF yang meninggal dunia akibat lemas di Lubok Antu, Sarawak. Jenazah diiringi oleh Penolong Pengarah j-QAF JPN Sarawak serta Penyelia Pendidikan Islam PPD Seri Aman tiba dan diterima oleh bapa allahyarham. Jenazah selamat disemadikan di tanah perkuburan diTumpat, Kelantan setelah disembahyangkan di rumahnya. Turut serta menyembahnyangkan jenazah ialah Tuan Pengarah Pelajaran, Pegawai PPD Tumpat, KPP SPI JPN Kelantan dan pegawai-pegawai lain bersama-sama dengan sanak saudara dan masyarakat sekitar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan jenazah termasuk Jabatan Kesihatan Kelantan, Hoapital Raja Perempuan Zainab II dan anggota Tentera Di Raja Malaysia Kem Desa Pahlawan.




AL-FATIHAH Untuk Guru j-QAF yang telah pergi


AL-FATIHAH untuk semua guru j-QAF Kelantan yang telah pulang ke rahmatullah. Sejak j-QAF mula dilaksanakan pada tahun 2005 sehingga kini sudah 5 orang sahabat kita yang terdiri daripada guru-guru j-QAF telah meninggal dunia. (1) Ustaz Syukrillah - SK Bukit Abal, (2) Ustaz Abd Hadi - SK Demit 1, (3) Ustaz Fadhli - SK Hamzah 1, (4) Ustaz Safuan - SK Bertam, (5) Ustazah Rosni - SK Pasir Pekan.

Selepas ini mungkin kita pula yang akan mengikut langkah pemergian yang tidak kembali ini. Sama-samalah kita muhasabah dan mempersiapkan diri menuju ke rahmatullah.

Sehari sebelum pemergian Ustazah Rosni... iaitu pada 7 Oktober 2009, dia bersama-sama guru lain dan murid melaksanakan Kem Bestari Solat j-QAF dan selepas itu melatih pasukan Kalam Jamai'e. Beliau jatuh semasa menyediakan juadah untuk bersahur puasa Syawal di rumahnya dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga di bulan Syawal lepas (8 Oktober 2009).

Berikut adalah rakaman lensa suasana sedih pada pagi pemergian Ustazah Rosni di perkarangan SK Pasir Pekan.... lebih 1200 orang murid SK Pasir Pekan yang terdiri dari Kelas PRA sehingga Tahun 6 bersama guru-guru berhimpun seawal pagi untuk membaca al-Fatihah dan Surah Yasin bersama-sama di padang sekolah.



UPSR 2009: TERIMA KASIH & TAHNIAH!



Keputusan UPSR 2009 sudah diumumkan dan apa yang pasti Kelantan berjaya meningkatkan pencapaian berbanding dengan tahun lepas. Semuanya berkat doa dan usaha gigih semua pihak bermula dengan Tuan Pengarah Pelajaran negeri dan yang paling utama sekali ialah kepimpinan Guru Besar dan guru-guru yang berada di barisan hadapan kejayaan ini. Tahniah kepada anak-anak yang yang berjaya dengan cemerlang. Tahniah kepada guru-guru. Terima kasih atas usaha gigih kalian semua. Bagi pihak ibu bapa yang memiliki seorang anak yang merupakan calon UPSR, kami gembira dan syukur atas pencapaian seorang anak kami. Tetapi yakin dan percayalah guru-guru, anda semua telah mencipta sejarah hebat untuk seluruh anak didik yang berada di dalam bimbingan kalian semua. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala-galanya. Moga Allah memberkati usaha kita semua....guru-guru dan ibu bapa. Syukur Alhamdulillah dan Tahniah juga untuk anakanda Wan Faris Fawwaz kerana berkat usaha dan tunjuk ajar cikgu-cikgu berjaya dapat 5A. Moga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk adik-adik yang lain.

Sunday, October 4, 2009

KURSUS PEMANTAPAN j-QAF 2009




Kursus Pemantapan Guru j-QAF 2009 Siri 1 melibatkan 103 peserta dari PPD Kota Bharu, Bachok dan Tumpat berlangsung di SK Seri Aman, Pasir Puteh pada 4-5 Oktober 2009. Manakala Siri 2 dilaksanakan pada 14-15 Oktober 2009 melibatkan 106 orang peserta dari PPD Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Kursus 2 hari tanpa bermalam selama 2 siri ini adalah merupakan kursus wajib bagi setiap orang guru j-QAF yang baru tamat latihan perguruan berasaskan sekolah (LPBS) selama setahun setengah. Terima kasih kepada JU selaku penceramah dan fasilitator yang terlibat. Apa yang menarik saya saksikan kali ini ialah keupayaam JU yang mampu menyampaikan input dengan lebih mantap, lebih baik dan padat dengan pengalaman on site yang lebih bersifat field work study dan realistic approach berdasarkan aktiviti try and error yang memang amat baik dalam proses menjadi semakin matang dalam perkembangan mutu kerjaya kita. Tahniah dan terima kasih untuk semua.