Suatu pelayaran bahtera kehidupan memerlukan perahu, dayung dan semangat yang utuh untuk mengharungi arus, ombak dan badai. Tiada makna sehari berlalu tanpa mentaksir, mendidik dan menuntut. Ilmu memimpin hati untuk terus hidup beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Sabda Rasulullah saw: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat". Hidup mencipta kecemerlangan. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok biarlah menjanjikan seribu satu kenangan.
SILA KLIL
Monday, January 25, 2010
SBT: TAHNIAH SK Zainab (2)
Tahniah kepada SK Zainab (2)yang baru diumumkan oleh YAB Menteri Pelajaran semalam sebagai sebuah daripada 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang pertama di negara ini. Harapan saya secara peribadi dan kita semua kaum pendidik... moga GPI dan Guru j-QAF di sini memastikan j-QAF will be part of the excellent. Inilah masanya j-QAF yang menjadi satu daripada agenda besar negara mesti ditonjolkan.... dan saya merasakan cabaran besar ini harus dipikul bersama secara saksama agar at the end of the day, ada hasil dan nikmat yang baik yang akan dirasai oleh anak didik kita di sekolah dan ada ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh mana-mana insan yang akan menuruti qudwah hasanah dan teladan yang baik. Ingatlah, hidup kita sementara.... dan sementara kita boleh berbakti, menyampaikan ilmu dan ajaran yang mulia, maka marilah kita rebut peluang-peluang yang ada untuk bekerja, belajar dan beribadat.
Tuesday, January 5, 2010
POSTMORTEM & TINDAKAN SEGERA
Untuk makluman pengunjung yang mungkin terdiri daripada GPI atau Guru j-QAF Negeri Kelantan.... Adalah dicadangkan di dalam Taklimat Persediaan Pelaksanaan j-QAF 2010 yang telah melibatkan lebih 1200 orang (Guru Besar / PKP) bersama Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF bagi sekolah j-QAF Kohort 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang telah diadakan selama 6 Siri awal Disember 2009 lepas.... agar; setiap sekolah membuat analisis terperinci dan kajian khas berdasarkan hasil post mortem e-Laporan 6 Bulan Kedua 2009 yang lepas. Tindakan segera mesti diambil bermula Januari 2010 ini dengan menetapkan apakah aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan yang sesuai mengikut sasaran murid lemah, sederhana dan cemerlang. Satu set senarai semak pelaksanaan juga perlu diisi oleh guru-guru di sekolah dan dihantar ke PPD selewat-lewatnya pada 7 Januari 2010. Semoga maklumat yang telah disampaikan di dalam taklimat lepas telah diambil tindakan sewajarnya oleh semua sekolah. Pohon dirujuk nota dan edaran semasa taklimat agar tidak ada sesiapa yang tertinggal dari segi tindakan, atau tertunggu-tunggu apa nak dibuat dalam perancangan j-QAF awal tahun 2010 ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH & SELAMAT TAHUN BARU 2010.
SEKIAN, TERIMA KASIH & SELAMAT TAHUN BARU 2010.
BUKU PANDUAN RANCANGAN TAHUNAN j-QAF
Buku Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam j-QAF boleh dimuat turun di sini. Proses P&P 6 Bulan Pertama dan 6 Bulan Kedua perlu mematuhi agihan rancangan tahunan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. P&P 6 Bulan Pertama dan Kedua amat mempengaruhi data pencapaian e-Laporan 6 Bulan Pertama dan 6 Bulan Kedua. Sila Muat Turun Buku Panduan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Muat turun Buku Panduan P&P&Kokurikulumj-QAF Tahun 6 disini. Atau klik di sini.
Selamat Tahun Baru 2010
Terima Kasih.
Selamat Tahun Baru 2010
Terima Kasih.
Friday, December 18, 2009
AL-FATIHAH UNTUK SAHABATKU ARMAN.....
AL-FATIHAH...Semoga rohmu selamat mengadap Rabbul Jalil dengan tenang dan mendapat rahmat dan maghfirah daripadanya. Semoga segala ilmu dan idea yang kau berikan, semoga persahabatan yang pernah terjalin, semoga setiap hasil usahamu yang bertebaran di dalam kelas-kelas j-QAF, semoga usaha yang pernah kau lakukan bersama-sama dahulu menjadi sesuatu yang amat berharga untuk dirimu dan kami semua yang masih hidup. Sesungguhnya pemergianmu di saat dunia masih memerlukan insan yang yang berjiwa besar amat dirasai. Doa kami yang masih diberi ruang masa oleh Allah, akan terus berusaha dan moga-moga Allah akan terus memberkati yang hidup dan yang telah mati. Al-Fatihah.

TAKLIMAT PERSEDIAAN j-QAF 2010 NEGERI KELANTAN
Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan selamat mengadakan 6 Siri Taklimat Persediaan Pelaksanaan Program j-QAF 2010 kepada Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran dan GPI Tahun 2010 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Taklimat bermula pada 8-10/12/2009 dan 13-15/1/2009 mengikut kohort 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Kandungan taklimat adalah lebih menekankan aspek post mortem pencapaian 6 bulan kedua 2009, pelaporan, maklum balas pemantauan serta pelaksanaan sepanjang tahun 2009. Turut ditekankan adalah berkenaan dengan senarai semak pelaksanaan yang perlu dikemas kini selewat-lewatnya pada 7/1/2010. Semua siri taklimat diberikan oleh saya dan Ustaz Ghazali Mat Taib. KS juga sempat bersama memberi amanat dalam siri ke 4 dan 5. Terima kasih kepada sahabat Pegawai j-QAF PPD yang turut hadir menjadi urusetia dan pemudah cara dalam setiap slot. Maklumat lanjut berkenaan dengan senarai semak akan saya link di sini nanti. Ada banyak perkara perlu diupdatekan tetapi perlu dimurnikan sedikit lagi.
Sunday, December 6, 2009
MAHRAJAN j-QAF & MAJLIS KHATAM AL-QURAN
MAHRAJAN j-QAF & MAJLIS KHATAM AL-QURAN Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Negeri Kelantan Kali Ke-4 Tahun 2009 telah diadakan pada 12 November 2009 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan, Pengkalan Chepa. Majlis dirasmikan oleh YABrs. Tuan Hj. Mohd Ghazali Ab Rahman, Pengarah Pelajaran Kelantan.
Sunday, November 22, 2009
SAMBUT JENAZAH DARI LUBOK ANTU
Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan pegawai-pegawai JPN Kelantan dan PPD Tumpat adalah antara yang turut berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menyambut ketibaan jenazah seorang guru j-QAF yang meninggal dunia akibat lemas di Lubok Antu, Sarawak. Jenazah diiringi oleh Penolong Pengarah j-QAF JPN Sarawak serta Penyelia Pendidikan Islam PPD Seri Aman tiba dan diterima oleh bapa allahyarham. Jenazah selamat disemadikan di tanah perkuburan diTumpat, Kelantan setelah disembahyangkan di rumahnya. Turut serta menyembahnyangkan jenazah ialah Tuan Pengarah Pelajaran, Pegawai PPD Tumpat, KPP SPI JPN Kelantan dan pegawai-pegawai lain bersama-sama dengan sanak saudara dan masyarakat sekitar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan jenazah termasuk Jabatan Kesihatan Kelantan, Hoapital Raja Perempuan Zainab II dan anggota Tentera Di Raja Malaysia Kem Desa Pahlawan.




AL-FATIHAH Untuk Guru j-QAF yang telah pergi
AL-FATIHAH untuk semua guru j-QAF Kelantan yang telah pulang ke rahmatullah. Sejak j-QAF mula dilaksanakan pada tahun 2005 sehingga kini sudah 5 orang sahabat kita yang terdiri daripada guru-guru j-QAF telah meninggal dunia. (1) Ustaz Syukrillah - SK Bukit Abal, (2) Ustaz Abd Hadi - SK Demit 1, (3) Ustaz Fadhli - SK Hamzah 1, (4) Ustaz Safuan - SK Bertam, (5) Ustazah Rosni - SK Pasir Pekan.
Selepas ini mungkin kita pula yang akan mengikut langkah pemergian yang tidak kembali ini. Sama-samalah kita muhasabah dan mempersiapkan diri menuju ke rahmatullah.
Sehari sebelum pemergian Ustazah Rosni... iaitu pada 7 Oktober 2009, dia bersama-sama guru lain dan murid melaksanakan Kem Bestari Solat j-QAF dan selepas itu melatih pasukan Kalam Jamai'e. Beliau jatuh semasa menyediakan juadah untuk bersahur puasa Syawal di rumahnya dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga di bulan Syawal lepas (8 Oktober 2009).
Berikut adalah rakaman lensa suasana sedih pada pagi pemergian Ustazah Rosni di perkarangan SK Pasir Pekan.... lebih 1200 orang murid SK Pasir Pekan yang terdiri dari Kelas PRA sehingga Tahun 6 bersama guru-guru berhimpun seawal pagi untuk membaca al-Fatihah dan Surah Yasin bersama-sama di padang sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)