SILA KLIL

Monday, April 5, 2010

SELAMAT DATANG PENGARAH BARU





Tuan Haji Hussain b. Awang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru menggantikan Mantan Pengarah Dato' Hj. Mohd Ghazali b. Ab. Rahman yang bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Selamat datang untuk Tuan Pengarah Baru dan sekalung tahniah dan terima kasih kepada YBhg Dato' Mantan Pengarah.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Monday, March 1, 2010

DAPATAN PEMANTAUAN j-QAF JAN - FEB 2010






SEKOLAH DIPANTAU:
SK Kedai Buloh (1), SK Seri Bemban, SK Wakaf Bharu, SK Kebakat, SK Penggu, SK Bukit Jering, SK Bechah Kelubi, SK Geting, SK Seligi, SK Perupok, SK Kubang Telaga, SK Bachok, SK Kg. Chap, SK Bekelam & SK Tawang.


KEKUATAN:
• Wujud kerjasama baik Pentadbir Sekolah , GPI & Guru j-QAF
• Jadual P&P Guru j-QAF dan GPI telah disediakan
• Senarai Semak pelaksanaan Program j-QAF disediakan
• Buku rekod mengajar disediakan / sempurna
• Ada sekolah yang telah mencapai tahap pencapaian yang baik, e-Laporan hampir sama dengan maklum balas semasa sesi bual bicara pemantau dengan guru-guru.
• Soal-jawab dan bimbingan terus dibuat semasa sesi interaksi dengan GB, GPI dan Guru j-QAF.
• Kefahaman tentang sukatan baik dan selaras di antara GPI dan Guru j-QAF dalam penulisan Buku Rekod Mengajar.
• Maklumat dapat disampaikan terus kepada Guru Besar. (Ada Guru Besar mendakwa tidak pernah diberi taklimat. Sedangkan pada akhir tahun 2009, JPN telah menjemput Guru Besar sendiri hadir bersama Guru j-QAF dalam Taklimat Persediaan Pelaksanaan j-QAF 2010)
• Ada sekolah melibatkan semua GPI dan Guru j-QAF untuk tasmik
• Bilik j-QAF disediakan dengan baik, kemas dan digunakan untuk Kelas Pemulihan Jawi atau Tasmik.
• Ada sekolah yang menyediakan buku pengurusan j-QAF dengan lengkap dan baik
• Ada sekolah yang menyediakan dokumentasi analisis e-Laporan Jun & Oktober 2009 dengan lengkap, kemas dan mudah untuk dirujuk bagi tindakan susulan.
• Penulisan buku rekod mengajar baik dan kemas. Cuma di bahagian impak perlu ditulis dengan jelas status / progres P&P harian sebagai contoh ayat yang diajar berbanding sukatan yang dirancang.













KELEMAHAN:
• Kekurangan guru j-QAF
• Kad Rekod Bacaan tidak diisi
• KBS dan KLAQ tidak dimasukkan ke dalam takwim sekolah
• Headcount belum semua yang buat
• Kebanyakan sekolah tidak mematuhi surat siaran / pekeliling
• Kelas Tasmik lewat dan tidak memenuhi piawaian
• Bilangan waktu mengajar guru dikurangkan sedangkan kelas bertambah
• Penyediaan buku rekod mengajar tidak sama dan tidak dirancang bersama
• BBM tidak digunakan secara berkesan. Ada yang belum digunakan. Ada Mashaf masih dalam kotak.
• Kaedah BIG dan Kolaboratif Teaching tidak diaplikasikan dengan baik
• Pengurusan Fail Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF perlu dipertingkatkan
• Kurang guru lelaki, GPI tiada dan hanya seorang j-QAF.
• Kekangan masa terhad dan bertembung dengan waktu kokurikulum untuk laksanakan Kem Bestari Solat dan Tasmik
• Murid yang berada di tahap Iqra’ 1-3 ramai tetapi masih tiada senarai lengkap dan tiada perangcangan untuk mengadakan Kem Literasi al-Quran
• JU Pend. Islam mahir banyak perkara tetapi tidak digunakan secara maksimum untuk pengurusan Pendidikan Islam (Fail Panitia lemah)
• Buku Rekod mengajar tidak selaras antara GPI dan Guru j-QAF (P&P Kolaboratif tidak berjalan dengan baik)
• e-Laporan disediakan tetapi tiada data mentah (borang pengesanan) daripada Kem Bestari Solat atau PKSR B. Arab.
• Data Pencapaian dihantar kepada PPD / JPN tanpa melalui Guru Besar (Ada GB yang tidak tahu pencapaian sebenar di sekolah sendiri)
• Tidak semua sekolah libatkan GPI dalam tasmik.
• Bekalan al-Quran tidak cukup dan tiada bekalan untuk sekolah baru.
• Pelaksanaan PAFA tidak mengikut panduan yang dikeluarkan.
• Pengurusan surau kurang memuaskan dan tidak mematuhi garis panduan yang dikeluarkan
• Pengurusan kokurikulum Pendidikan Islam (Persatuan Pend. Islam, Persatuan Bahasa Arab, Kelas Seni khat) kurang memuaska n.


TINDAKAN/CATATAN:

Ulasan Kelemahan:
Pematuhan kepada surat siaran, pekeliling, buku panduan dan maklumat yang disampaikan dalam taklimat perlu diambil tindakan serius.


Ulasan Kekuatan:
Taklimat Persediaan 2010 telah diberi kepada Guru Besar/PKP, GPI dan Guru j-QAF pada akhir tahun lepas. Kesannya ialah banyak sekolah yang telah mematuhi, tetapi masih ada sekolah yang belum menepati kehendak pelaksanaan yang sebenarnya.

Surat maklum balas pemantauan disediakan dan dihantar kepada sekolah berkenaan untuk tindakan segera

Guru Besar perlu meminta Ketua Panitia Pendidikan Islam, GPI dan Guru j-QAF menyediakan unjuran / headcount pencapaian semasa bagi memastikan sasaran dicapai.

Murid Tahun 6 adalah kritikal dan perlu pengesanan pencapaian setiap bulan bagi memastikan khatam semua sebelum tamat 6 bulan pertama (minggu ke 18)

CADANGAN TARIKH PKSR BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH 2010





Surat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia bru diterima di SPI, JPN Kelantan memaklumkan cadangan tarikh pelaksanaan PKSR bahasa Arab untuk Sekolah Rendah bagi Penggal 1 seperti berikut:
- Tahun 1 & 2 = PKSR Skala Kadar BA (Lisa & Pemerhatian)
- Tahun 3 (Penilaian 1) - Kertas 1 (Lisan) = Seminggu sebelum Tarikh Peperiksaan Bertulis
- Tahun 3 (Penilaian 1) - Kertas 2 (Penulisan) = 8 - 11 Mac 2010

- Tahun 3 (Penilaian 2) - Kertas 1 (Lisan) = Seminggu sebelum Tarikh Peperiksaan Bertulis
- Tahun 3 (Penilaian 2) - Kertas 2 (Penulisan) = 25 - 27 Mei 2010
(Markah Penilaian 1 + Markah Penilaian 2 = Markah PKSR 1 Bahasa Arab)

********************************************************************

- Tahun 4,5&6 - Kertas 1 (Lisan) = Seminggu sebelun Tarikh Peperiksaan Bertulis
- Tahun 4,5&6 - Kertas 2 (Penulisan) = 25 - 27 Mei 2010
(Markah Kertas 1 + Markah Kertas 2 = Markah PKSR 1 Bahasa Arab)

Surat ini telah dipanjangkan kepada semua sekolah melalui PPD masing-masing.
********************************************************************
KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK DOWNLOAD BAHAN PENTAKSIRAN: [http://www.moe.gov.my/bpk]
** PKSR Bahasa Arab Tahun 5 Akhir Tahun 2009 [bpk 2388]
** PKSR Bahasa Arab Tahun 3 dan 6 [bpk 2388]
** Borang Markah Penilaian Bahasa Arab Tahun 3 [tiada pwd]




Tuesday, February 23, 2010

UPGRADE BLOG


Terima kasih cadangan Ustaz Pian. Nak upgrade, nak update, semua kalau boleh nak buat. Tapi mungkin take time. Ada masalah pengurusan masa yang berkesan. SKT kena dahulukan dan kalau kat ofis memang tak sempat lagi. Niat selalu dah pasang, saya doakan moga ada kelapangan untuk maju sikit lagi. Buat masa ni, kalau sahabat2 nak rujuk pasal mcm posting lain silalah kunjungi: miorjqaf.blogspot.com, mendidik.blogspot.com dan lain-lain pautan ada kat sana. Terima kasih.

SEJARAH BUAT BLOG

Terlebih dahulu terima kasih kepada sahabat2 yang sudi singgah di blog peribadi saya ini. Kalau saudara/i lihat my profile kat tepi tu.. saya ada tulis sikit. Tujuan utama sekadar sebagai satu latihan ilmiah. Agak lemah jika di zaman ini, kita ketinggalan dalam bidang ict. So, blog ini diwujudkan sebagai satu latihan peribadi untuk memaparkan apa2 yg terlintas dan mungkin dpt dikongsi jer. Perkara2 yg agak kontroversi saya tak minat. Blog lain mungkin dah banyak yg nak publish mcm2 cerita. So, inilah jadinya my blog. Di sebabkan kerja saya mcm ni, maka adalah sikit sebanyak cerita pasal j-QAF, dan itu je lah yg mungkin dpt dikongsi bersama pengunjung.



Sebenarnya pertama kali saya belajar buat blog ini melalui rancangan Arif ICT oleh Sdr Azli Paat dlm Radio 1 pada satu pagi masa saya drive kereta ke pejabat pada bulan Februari 2005, masa tu jem kat atas Jambatan Sultan Yahya Petra. Azli Paat kata sungguh senang dan rancangan selama lebih kurang 10 minit itulah pencetusnya.

Sampai kat pejabat, saya buka komputer kebetulan ada line wifi, so saya try apa yg didengar melalui radio dlm kereta. Hasilnya saya berjaya buat blog ini: jqafkelantan.blogspot.com. Bayangkan masa tu (tahun 2005) saya sudah berjaya buat blog tapi tak update sampai sekarang dan lupa passwordnya. Lepas tu, habislah dan amat sibuk dgn mcm2 perkara dan tiada apa-apa blog.

Sehinggalah saya buka akaun baru wmzuhairi.blogspot.com pada 22 Ogos 2008 dan belajar explore sendiri sehingga sekarang. Semuanya belajar sendiri tanpa guru khusus.

Jadi kalau ada byk kekurangan, memang tak dpt dielakkan sbb saya tidak terlalu byk kemahiran. Tambah pula tak selalunya ada masa yg betul2 ok utk update dan create the best one. But saya bercita2 utk upgrade from time to time for the better satisfaction insya Allah. Tapi kalau nak segera mmg tak dapat, masalah masa dan kemahiran memang selalu saya jadikan alasan. Ini pun berjaga smpai tengah malam.

Wednesday, February 17, 2010

SEKADAR RENUNGAN UNTUK SEMUA







Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.
Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Dalam hidup,terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahwa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup kita menjadi lebih bahagia

Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan.

Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.

Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali

Sesuatu yang baik, belum tentu benar.
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,
tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan.
Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Tentang Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan.
Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu -Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.
- Lao Tze

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya.

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Monday, January 25, 2010

SBT: TAHNIAH SK Zainab (2)

Tahniah kepada SK Zainab (2)yang baru diumumkan oleh YAB Menteri Pelajaran semalam sebagai sebuah daripada 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang pertama di negara ini. Harapan saya secara peribadi dan kita semua kaum pendidik... moga GPI dan Guru j-QAF di sini memastikan j-QAF will be part of the excellent. Inilah masanya j-QAF yang menjadi satu daripada agenda besar negara mesti ditonjolkan.... dan saya merasakan cabaran besar ini harus dipikul bersama secara saksama agar at the end of the day, ada hasil dan nikmat yang baik yang akan dirasai oleh anak didik kita di sekolah dan ada ilmu yang dapat dimanfaatkan oleh mana-mana insan yang akan menuruti qudwah hasanah dan teladan yang baik. Ingatlah, hidup kita sementara.... dan sementara kita boleh berbakti, menyampaikan ilmu dan ajaran yang mulia, maka marilah kita rebut peluang-peluang yang ada untuk bekerja, belajar dan beribadat.

Tuesday, January 5, 2010

POSTMORTEM & TINDAKAN SEGERA

Untuk makluman pengunjung yang mungkin terdiri daripada GPI atau Guru j-QAF Negeri Kelantan.... Adalah dicadangkan di dalam Taklimat Persediaan Pelaksanaan j-QAF 2010 yang telah melibatkan lebih 1200 orang (Guru Besar / PKP) bersama Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF bagi sekolah j-QAF Kohort 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009 yang telah diadakan selama 6 Siri awal Disember 2009 lepas.... agar; setiap sekolah membuat analisis terperinci dan kajian khas berdasarkan hasil post mortem e-Laporan 6 Bulan Kedua 2009 yang lepas. Tindakan segera mesti diambil bermula Januari 2010 ini dengan menetapkan apakah aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan yang sesuai mengikut sasaran murid lemah, sederhana dan cemerlang. Satu set senarai semak pelaksanaan juga perlu diisi oleh guru-guru di sekolah dan dihantar ke PPD selewat-lewatnya pada 7 Januari 2010. Semoga maklumat yang telah disampaikan di dalam taklimat lepas telah diambil tindakan sewajarnya oleh semua sekolah. Pohon dirujuk nota dan edaran semasa taklimat agar tidak ada sesiapa yang tertinggal dari segi tindakan, atau tertunggu-tunggu apa nak dibuat dalam perancangan j-QAF awal tahun 2010 ini.
SEKIAN, TERIMA KASIH & SELAMAT TAHUN BARU 2010.

BUKU PANDUAN RANCANGAN TAHUNAN j-QAF

Buku Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Islam j-QAF boleh dimuat turun di sini. Proses P&P 6 Bulan Pertama dan 6 Bulan Kedua perlu mematuhi agihan rancangan tahunan seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. P&P 6 Bulan Pertama dan Kedua amat mempengaruhi data pencapaian e-Laporan 6 Bulan Pertama dan 6 Bulan Kedua. Sila Muat Turun Buku Panduan Rancangan Pengajaran Tahunan berkenaan. Muat turun Buku Panduan P&P&Kokurikulumj-QAF Tahun 6 disini. Atau klik di sini.

Selamat Tahun Baru 2010
Terima Kasih.

Friday, December 18, 2009

AL-FATIHAH UNTUK SAHABATKU ARMAN.....


AL-FATIHAH...Semoga rohmu selamat mengadap Rabbul Jalil dengan tenang dan mendapat rahmat dan maghfirah daripadanya. Semoga segala ilmu dan idea yang kau berikan, semoga persahabatan yang pernah terjalin, semoga setiap hasil usahamu yang bertebaran di dalam kelas-kelas j-QAF, semoga usaha yang pernah kau lakukan bersama-sama dahulu menjadi sesuatu yang amat berharga untuk dirimu dan kami semua yang masih hidup. Sesungguhnya pemergianmu di saat dunia masih memerlukan insan yang yang berjiwa besar amat dirasai. Doa kami yang masih diberi ruang masa oleh Allah, akan terus berusaha dan moga-moga Allah akan terus memberkati yang hidup dan yang telah mati. Al-Fatihah.