SILA KLIL

Wednesday, February 6, 2013

AL-FATIHAH: AZLI PAAT

*****Azli Paat adalah guru saya secara on-air. Saya tidak pernah berjumpa beliau. Rupanya pun saya tidak berapa cam. Tetapi sentiasa mengikuti kuliah beliau melalui siaran radio semasa saya memandu ke tempat kerja. Pertama kali saya ikuti (tahun 1999) semasa saya bertugas di Lembaga Peperiksaan, Jalan Duta. Antara yang pertama saya ingat ialah bagaimana dia menjelaskan konsep dan idea DAPAT iaitu satu daripada hasil idea beliau yang sangat kreatif. Banyak yang saya pelajari tentang ilmu ICT walaupun segmentnya pendek tapi jelas, padat, ringkas dan mudah dibuat.

***** Tahun 2005, pada satu pagi saya memandu ke pejabat (JPN Kelantan dari Pasir Pekan) semasa mula beratur untuk naik Jambatan Sultan Yahya Petra... segmen Arif IT (Radio 1) seperti biasa keudara. Tajuk pagi itu ialah buat blog dengan cara macam menyediakan kuih raya (Kuih Tunjuk)... pergi kedai tunjuk-tunjuk-tunjuk dan dah siap kuih raya... So mcm tu juga kata AZLI PAAT, nak buat homepage cara mudah senang jer... yg penting ada komputer, akses internet. Taip je.. www.blogger.com lepas tu dia ajar mula nak daftar, login, password, create layout dll lepas tu selesai buka satu blog. Untuk untuk buat post, save, post, edit dll lihat saja kat situ dah lengkap semua toolbar yang disediakan. Oh mudahnya.

Segment 10 minit itu sudah difahami dan petang itu saya sudah explore apa yg dia ajar, memang jumpa semua apa yang dia ajar dan pada malam itu juga saya dah siap bina blog pertama iaitu: http://jqafkelantan.blogspot.com/ On Blogger since February 2005.... tapi blog ini dah lama saya tak buka dan tak urus sampai adh lupa password untuk editing.

Seingat saya masa saya mula2 beli komputer tahun 1996 semasa mengajar di Sarawak dulu, saya pernah buka satu homepage guna html... payah sangat nak buat kalau nak bold, italic, warna dll semua pakai kod. Guna blogspot ini amat mudah.

Sekarang saya dah buka blog ini: http://wmzuhairi.blogspot.com/. BLOG INI ADALAH HASIL DARIPADA TITISAN ILMU YANG SAYA KUTIP DARIPADANYA. Sekarang lagi mudah dan semua amat senang untuk diurus. Terima kasih Azli Paat, kuliah 10 minit di radio (Februari 2005) itu rupanya itulah kuliah pasal blog yg pertama dan terakhir yg sama dengar darinya. Lepas itu saya dengar tajuk lain pula...tapi impaknya, saya dapat ilmu dan saya boleh guna sampai sekarang. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA DAN SETIAP ILMU YANG DICURAHKAN KEKAL ABADI MENJADI BEKALAN MENUJU ALAM BAQA.
  AL-FATIHAH


-------------------------------------------------------------------------------
Laporan Berita:
Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.
azlipaat-apicta


Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia 2013/02/07 - 00:45:47 AM

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini, malam ini.

Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.

Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.


Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.

Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.

Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.

Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.

Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.

Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.

Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.

"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.

Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA

No comments: