SILA KLIL

Monday, August 23, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK: Hayati Falsafah Puasa

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA.
كل عام وأنتم بخير.

“Letihnya puasa hari ini!”. Ungkapan inilah yang paling kerap didengari pada minggu pertama puasa. Maklum sajalah setiap hari perut kita diisi dengan makanan demi makanan dan minuman yang berbagai-bagai jenis siang dan malam tanpa henti-henti.

Setiap kali makanan masuk ke dalam rongga perut kita, maka sekian banyak enzim dirembes keluar untuk memproses makanan tersebut bagi menghasilkan tenaga untuk kegunaan tubuh badan kita. Tiba-tiba hari ini satu kejutan yang menimpa sistem penghadaman umat Islam kerana puasa. Ini menyebabkan enzim yang sudah biasa bertindak balas dengan makanan itu secara terus merempuh dinding sistem penghadaman tanpa menemui apa-apa makanan. Lalu perut kita berasa pedih, sakit dan lemah tidak bermaya kerana kelaparan. Selama sebulan fenomena ini berterusan menyebabkan perut kita menjadi biasa dengan kelaparan.

Walaubagaimana pun tanpa disedari rupa-rupanya kelaparan ini bukannya bertujuan untuk memberikan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam. Sebaliknya kegembiraan yang teramat sangat dirasakan oleh umat Islam yang berpuasa pada saat mereka berbuka pada setiap kali terbenamnya matahari. Kegembiraan yang kedua menanti apabila kita menyambut 1 Syawal dan kegembiraan yang paling hebat dirasakan ialah ketika bertemu dengan Allah di akhirat kelak dan seterusnya dipelawa masuk ke dalam syurga Rayyan dengan penuh adat istiadat.

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum atau lain-lain perkara yang boleh membatalkannya bermula dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari yang dimulakan dengan niat pada sebelah malamnya terlebih dahulu.

Sebenarnya kewajipan berpuasa bukanlah suatu yang baru di dalam sejarah. Malah umat terdahulu juga telah difardhukan puasa. Tersebut di dalam firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu puasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa." (al-Baqarah : 183)

Apa yang membezakan di antara puasa orang-orang dahulu dengan kita sekarang ialah daripada segi masa, tempoh dan cara perlaksanaannya. Ini bermakna Allah mengajar kita bahawa puasa merupakan satu kewajipan beragama yang pasti dilalui oleh sekalian hamba-Nya sehinggalah hari kiamat.

Jika dikaji, puasa mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Pertamanya puasa merupakan satu proses ketaatan kepada Allah Taala. Oleh itu orang yang tidak berpuasa dengan sengaja tanpa apa-apa keuzuran merupakan seorang hamba yang derhaka. Keduanya tujuan utama puasa ialah untuk menambah ketaqwaan umat Islam sebagai mana yang dinyatakan di dalam surah al-Baqarah.

Melalui puasa juga kita berpeluang mendapat keredhaan Allah, menghayati betapa susahnya saudara-saudara se-Islam yang ditimpa kesusahan dan kelaparan. Begitu juga puasa mampu secara teori dan praktikalnya membendung kerakusan hawa nafsu ganas manusia. Umat Islam yang benar-benar berpuasa tidak akan menipu di dalam percakapan, tidak akan bertelingkah sesama sendiri dan memulakan api permusuhan. Mereka juga tidak akan berjudi, meminum arak, berzina, membunuh dan sebagainya lagi.

Ini adalah jelas kerana puasa merupakan benteng kuat yang memelihara umat Islam selaras dengan kenyataan Ilahi di dalam sepotong hadis qudsi yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Abu Hurairah r.a. mafhumnya: Allah Azzawajalla telah berfirman: "Tiap-tiap amalan anak Adam adalah untuk dirinya sendiri kecuali puasa, sesungguhnya ia adalah bagi-Ku, dan Aku sendiri yang akan memberikan pembalasan kepadanya. Puasa itu adalah perisai; oleh itu apabila salah seorang daripada kamu berpuasa, maka janganlah dia mengucapkan kata-kata yang jijik (lucah), keji dan yang membangkitkan rangsangan syahwat dan janganlah pula dia menimbulkan kekacauan. Apabila dia dimaki atau atau ditentang oleh seseorang, maka hendaklah dia mengatakan: "Saya berpuasa hari ini. Demi Allah yang diriku (Muhammad) di tangan-Nya, bau busuk mulut orang yang berpuasa lebih baik dan lebih harum daripada bau kasturi yang semerbak. Orang yang berpuasa itu mempunyai dua kesenangan; Kesenangan di waktu berbuka dan kesenangan di kala bertemu dengan Tuhannya bergembira dengan puasanya."

Dengan keterangan ini kita tidak perlu merasa duka lara, sengsara dan kecewa kerana lapar akibat berpuasa. Kita bukannya umat yang kolot kerana puasa. Malah sebaliknya kitalah umat yang paling gembira kerana sedikit kelaparan pada hari ini. Bersabarlah dalam menjalani ibadah puasa ini. Ingatlah hidup ini adalah ladang untuk hari akhirat kelak. Bersusah-susah dahulu untuk kesenangan abadi yang dijanjikan di alam akhirat kelak.

Tuesday, June 22, 2010

MESYUARAT PENYELARASAN ELAPORAN JUN 2010

Setinggi-tinggi terima kasih kepada Ust Abdullah Awang selaku KETUA JU PELAPORAN NEGERI KELANTAN yang mengetuai taklimat kepada PPD dan JU PPD dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaporan j-QAF Jun 2010 Isnin (21/6/2010)lepas. Terima kasih kepada semua Pegawai j-QAF PPD dan JU Pelaporan PPD yang nampak penuh semangat dan meyakinkan. Dengan pengalaman yang ada pada tuan-tuan semua, rasanya Insya Allah tidak banyak masalah yang akan kita hadapi. Doa dan harapan moga Allah permudahkan segala urusan kita dan memberkati setiap saat masa yang kita lalui. Terima kasih dan jazakumullahu khairan kathiira.

DOWNLOAD ESETUP SEKOLAH TERKINI


KEPADA SEMUA PEGAWAI j-QAF PPD, JU PELAPORAN MOHON AMBIL MAKLUM DAN DOWNLOAD SEGERA ESEKOLAH V10.2 TERKINI YANG DIPERTINGKATKAN SEPERTI MANA YANG SAYA MAKLUMKAN DALAM MESYUARAT PENYELARASAN ISNIN LEPAS. UST. SHAHRIN (BLOG ELAPORAN) TELAH PERBETULKAN DAN UPLOAD VERSI TERBARU. KLIK DI SINI. EDARKAN ESEKOLAH TERKINI INI KEPADA SEMUA SEKOLAH SEMASA TAKLIMAT DI PPD. MINTA SEMUA PIHAK RUJUK LAMAN BLOG INI UNTUK MEMUDAHKAN SEMUA GURU DI SEKOLAH. TERIMA KASIH.

Sunday, May 23, 2010

LATIH TUBI BAHASA ARAB j-QAF

Dapatkan salinan soft copy bahan berikut di sini:
MODUL LATIH TUBI TAHUN 5
MODUL LATIH TUBI TAHUN 6

UJIAN PERTENGAHAN TAHUN j-QAF




SOALAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN BAGI SEKOLAH PROGRAM j-QAF KOHORT 2005 - 2009 (TAHUN 1-5) BOLEH DIMUAT TURUN SEKARANG. ATAU KLIK DI SINI:TAHUN 1-6. PKSR BAHASA ARAB (TAHUN 3, 4, 5, 6) SILA KLIK DI SINI. JADUAL UJIAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA KETETAPAN DI SEKOLAH MASING-MASING. SEBARANG KEMUSYKILAN SILA BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI j-QAF DI PPD MASING-MASING.SILA PASTIKAN SEMUA UJIAN DAN MARKAH / SKOR. BAGI KEM BESTARI SOLAT, SILA KEMAS KINI BORANG PENGESANAN UNTUK PROSES e-LAPORAN JUN 2010. SEKIAN TERIMA KASIH.

e-LAPORAN j-QAF JUN 2010


BAGI PROSES e-LAPORAN PROGRAM j-QAF JUN 2010, SILA TUNGGU FORMAT e-LAPORAN YANG AKAN DIBERI TAKLIMAT OLEH KPM KEPADA JPN TERLEBIH DAHULU. SEMENTARA MENUNGGU FORMAT e-LAPORAN 2010, SILA KEMAS KINI DAN PASTIKAN DATA MENTAH SEPERTI BORANG SKOR PKSR, UJIAN JAWI, BORANG PENGESANAN KBS DAN SEBAGAINYA DIKEMASKINI. AGIHAN TUGAS DI KALANGAN GPI DAN GURU j-QAF PERLU BAGI MEMUDAHKAN PROSES e-LAPORAN SELANJUTNYA. TERIMA KASIH.

Tuesday, May 18, 2010

SELAMAT HARI GURU








Guru oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Monday, April 5, 2010

SELAMAT DATANG PENGARAH BARU





Tuan Haji Hussain b. Awang telah dilantik sebagai Pengarah Pelajaran Kelantan yang baru menggantikan Mantan Pengarah Dato' Hj. Mohd Ghazali b. Ab. Rahman yang bertukar ke Kementerian Pelajaran Malaysia, Putrajaya. Selamat datang untuk Tuan Pengarah Baru dan sekalung tahniah dan terima kasih kepada YBhg Dato' Mantan Pengarah.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Monday, March 1, 2010

DAPATAN PEMANTAUAN j-QAF JAN - FEB 2010






SEKOLAH DIPANTAU:
SK Kedai Buloh (1), SK Seri Bemban, SK Wakaf Bharu, SK Kebakat, SK Penggu, SK Bukit Jering, SK Bechah Kelubi, SK Geting, SK Seligi, SK Perupok, SK Kubang Telaga, SK Bachok, SK Kg. Chap, SK Bekelam & SK Tawang.


KEKUATAN:
• Wujud kerjasama baik Pentadbir Sekolah , GPI & Guru j-QAF
• Jadual P&P Guru j-QAF dan GPI telah disediakan
• Senarai Semak pelaksanaan Program j-QAF disediakan
• Buku rekod mengajar disediakan / sempurna
• Ada sekolah yang telah mencapai tahap pencapaian yang baik, e-Laporan hampir sama dengan maklum balas semasa sesi bual bicara pemantau dengan guru-guru.
• Soal-jawab dan bimbingan terus dibuat semasa sesi interaksi dengan GB, GPI dan Guru j-QAF.
• Kefahaman tentang sukatan baik dan selaras di antara GPI dan Guru j-QAF dalam penulisan Buku Rekod Mengajar.
• Maklumat dapat disampaikan terus kepada Guru Besar. (Ada Guru Besar mendakwa tidak pernah diberi taklimat. Sedangkan pada akhir tahun 2009, JPN telah menjemput Guru Besar sendiri hadir bersama Guru j-QAF dalam Taklimat Persediaan Pelaksanaan j-QAF 2010)
• Ada sekolah melibatkan semua GPI dan Guru j-QAF untuk tasmik
• Bilik j-QAF disediakan dengan baik, kemas dan digunakan untuk Kelas Pemulihan Jawi atau Tasmik.
• Ada sekolah yang menyediakan buku pengurusan j-QAF dengan lengkap dan baik
• Ada sekolah yang menyediakan dokumentasi analisis e-Laporan Jun & Oktober 2009 dengan lengkap, kemas dan mudah untuk dirujuk bagi tindakan susulan.
• Penulisan buku rekod mengajar baik dan kemas. Cuma di bahagian impak perlu ditulis dengan jelas status / progres P&P harian sebagai contoh ayat yang diajar berbanding sukatan yang dirancang.













KELEMAHAN:
• Kekurangan guru j-QAF
• Kad Rekod Bacaan tidak diisi
• KBS dan KLAQ tidak dimasukkan ke dalam takwim sekolah
• Headcount belum semua yang buat
• Kebanyakan sekolah tidak mematuhi surat siaran / pekeliling
• Kelas Tasmik lewat dan tidak memenuhi piawaian
• Bilangan waktu mengajar guru dikurangkan sedangkan kelas bertambah
• Penyediaan buku rekod mengajar tidak sama dan tidak dirancang bersama
• BBM tidak digunakan secara berkesan. Ada yang belum digunakan. Ada Mashaf masih dalam kotak.
• Kaedah BIG dan Kolaboratif Teaching tidak diaplikasikan dengan baik
• Pengurusan Fail Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF perlu dipertingkatkan
• Kurang guru lelaki, GPI tiada dan hanya seorang j-QAF.
• Kekangan masa terhad dan bertembung dengan waktu kokurikulum untuk laksanakan Kem Bestari Solat dan Tasmik
• Murid yang berada di tahap Iqra’ 1-3 ramai tetapi masih tiada senarai lengkap dan tiada perangcangan untuk mengadakan Kem Literasi al-Quran
• JU Pend. Islam mahir banyak perkara tetapi tidak digunakan secara maksimum untuk pengurusan Pendidikan Islam (Fail Panitia lemah)
• Buku Rekod mengajar tidak selaras antara GPI dan Guru j-QAF (P&P Kolaboratif tidak berjalan dengan baik)
• e-Laporan disediakan tetapi tiada data mentah (borang pengesanan) daripada Kem Bestari Solat atau PKSR B. Arab.
• Data Pencapaian dihantar kepada PPD / JPN tanpa melalui Guru Besar (Ada GB yang tidak tahu pencapaian sebenar di sekolah sendiri)
• Tidak semua sekolah libatkan GPI dalam tasmik.
• Bekalan al-Quran tidak cukup dan tiada bekalan untuk sekolah baru.
• Pelaksanaan PAFA tidak mengikut panduan yang dikeluarkan.
• Pengurusan surau kurang memuaskan dan tidak mematuhi garis panduan yang dikeluarkan
• Pengurusan kokurikulum Pendidikan Islam (Persatuan Pend. Islam, Persatuan Bahasa Arab, Kelas Seni khat) kurang memuaska n.


TINDAKAN/CATATAN:

Ulasan Kelemahan:
Pematuhan kepada surat siaran, pekeliling, buku panduan dan maklumat yang disampaikan dalam taklimat perlu diambil tindakan serius.


Ulasan Kekuatan:
Taklimat Persediaan 2010 telah diberi kepada Guru Besar/PKP, GPI dan Guru j-QAF pada akhir tahun lepas. Kesannya ialah banyak sekolah yang telah mematuhi, tetapi masih ada sekolah yang belum menepati kehendak pelaksanaan yang sebenarnya.

Surat maklum balas pemantauan disediakan dan dihantar kepada sekolah berkenaan untuk tindakan segera

Guru Besar perlu meminta Ketua Panitia Pendidikan Islam, GPI dan Guru j-QAF menyediakan unjuran / headcount pencapaian semasa bagi memastikan sasaran dicapai.

Murid Tahun 6 adalah kritikal dan perlu pengesanan pencapaian setiap bulan bagi memastikan khatam semua sebelum tamat 6 bulan pertama (minggu ke 18)

CADANGAN TARIKH PKSR BAHASA ARAB SEKOLAH RENDAH 2010





Surat daripada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia bru diterima di SPI, JPN Kelantan memaklumkan cadangan tarikh pelaksanaan PKSR bahasa Arab untuk Sekolah Rendah bagi Penggal 1 seperti berikut:
- Tahun 1 & 2 = PKSR Skala Kadar BA (Lisa & Pemerhatian)
- Tahun 3 (Penilaian 1) - Kertas 1 (Lisan) = Seminggu sebelum Tarikh Peperiksaan Bertulis
- Tahun 3 (Penilaian 1) - Kertas 2 (Penulisan) = 8 - 11 Mac 2010

- Tahun 3 (Penilaian 2) - Kertas 1 (Lisan) = Seminggu sebelum Tarikh Peperiksaan Bertulis
- Tahun 3 (Penilaian 2) - Kertas 2 (Penulisan) = 25 - 27 Mei 2010
(Markah Penilaian 1 + Markah Penilaian 2 = Markah PKSR 1 Bahasa Arab)

********************************************************************

- Tahun 4,5&6 - Kertas 1 (Lisan) = Seminggu sebelun Tarikh Peperiksaan Bertulis
- Tahun 4,5&6 - Kertas 2 (Penulisan) = 25 - 27 Mei 2010
(Markah Kertas 1 + Markah Kertas 2 = Markah PKSR 1 Bahasa Arab)

Surat ini telah dipanjangkan kepada semua sekolah melalui PPD masing-masing.
********************************************************************
KLIK PAUTAN BERIKUT UNTUK DOWNLOAD BAHAN PENTAKSIRAN: [http://www.moe.gov.my/bpk]
** PKSR Bahasa Arab Tahun 5 Akhir Tahun 2009 [bpk 2388]
** PKSR Bahasa Arab Tahun 3 dan 6 [bpk 2388]
** Borang Markah Penilaian Bahasa Arab Tahun 3 [tiada pwd]