| 1. | Apa itu PBS? |
| Jawapan : PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik. PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan. PBS dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komponen PBS terdiri daripada Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum, dan Pentaksiran Psikometrik. | |
| 2. | Adakah konsep PBS ini sesuatu yang baru? |
| Jawapan : Konsep PBS bukanlah sesuatu yang baru, kerana pentaksiran inilah yang selama ini dilaksanakan oleh guru di sekolah (kerja rumah, projek, kuiz, soal-jawab dan lain-lain). PBS yang dicadangkan ini merupakan penambahbaikan kepada PBS yang telah sedia dilaksana dengan memperkenalkan pentaksiran merujuk standard dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) untuk membantu guru merekod pencapaian murid secara berterusan. | |
| 3. | Kenapa PBS perlu dilaksana sekarang? |
| Jawapan : Pelaksanaan PBS adalah seiring dengan program transformasi negara untuk menghasilkan modal insan yang bertaraf dunia. | |
| 4. | Bila PBS mula dilaksanakan? |
| Jawapan : PBS dilaksanakan mulai Tahun 1 pada 2011 dan penambahbaikan UPSR pada 2016, mulai Tingkatan 1 pada 2012 dan penambahbaikan PMR pada 2014. | |
| 5. | Apakah perbezaan antara PBS dengan pentaksiran sedia ada? |
| Jawapan : • PBS adalah lebih holistik dan memberi penekanan kepada kesemua aspek JERI iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek berbanding kepada pentaksiran sedia ada yang lebih memberi penumpuan kepada pencapaian akademik melalui peperiksaan. PBS akan mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif iaitu mengamalkan konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang merupakan assessment of learning. • Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard. • PBS juga memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Ini akan dapat meningkatkan integriti dan kredibiliti profesion perguruan kerana guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi. | |
| 6. | Apakah standard prestasi? |
Jawapan :
Standard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang ditetapkan. | |
| 7. | Bagaimana penjaminan kualiti PBS dapat dilaksanakan? |
Jawapan :
Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui:
• Pementoran • Penyelarasan • Pemantauan • Pengesanan • Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. • Pemantauan ialah satu proses untuk mendapatkan maklumat dan memastikan pentaksiran dilaksanakan mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan agar mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. • Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. • Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. | |
| 8. | Bagaimana ibu bapa mendapat maklum balas mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak mereka? |
Jawapan :
Laporan deskriptif dan formatif dapat dibuat melalui SPPBS pada bila-bila masa sekiranya diperlukan. Sistem ini juga menyimpan maklumat perkembangan murid daripada Tahun 1 hinggalah ke Tingkatan 5 (life-time data base). | |
| 9. | Bagaimana hasil pentaksiran berguna untuk murid? |
Jawapan :
Maklum balas yang diberi berdasarkan standard prestasi boleh membantu murid mengenalpasti kekuatan, kelemahan, kesilapan dan apa yang perlu dibaiki, bagaimana perlu diperbaiki untuk memberi hasil yang lebih baik.
Maklum balas yang memberi makna boleh membantu murid tentang tujuan dan perkembangan pembelajaran mereka. Keadaan inilah yang memberi motivasi untuk mencuba lagi bagi meningkatkan prestasi mereka di masa hadapan. | |
| 10. | Apakah nilai UPSR dan PMR dalam PBS? |
Jawapan :
PBS untuk penambahbaikan UPSR dan PMR masih tetap bernilai dari segi pembentukan modal insan yang holistik tetapi tidak lagi high stake kerana pentaksiran dijalankan secara berterusan dan menyeluruh. | |
| 11. | Bolehkah pentaksiran yang dibuat guru dipercayai? |
Jawapan :
Guru merupakan orang yang paling sesuai untuk mentaksir murid masing-masing kerana mereka: - boleh memantau perkembangan murid secara berterusan - boleh memberi maklum balas yang membina untuk penambahbaikan pembelajaran murid - lebih memahami konteks yang sesuai dengan persekitaran dan perkembangan murid - mentaksir dan memberi maklum balas berpandukan standard prestasi | |
| 12. | Apakah guru sudah bersedia untuk melaksanakan PBS? |
Jawapan :
Setiap guru merupakan guru terlatih yang mempunyai asas pengajaran dan pembelajaran tetapi akan diberi pendedahan semula tentang Pentaksiran Berasaskan Sekolah. |
Suatu pelayaran bahtera kehidupan memerlukan perahu, dayung dan semangat yang utuh untuk mengharungi arus, ombak dan badai. Tiada makna sehari berlalu tanpa mentaksir, mendidik dan menuntut. Ilmu memimpin hati untuk terus hidup beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Sabda Rasulullah saw: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat". Hidup mencipta kecemerlangan. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok biarlah menjanjikan seribu satu kenangan.
SILA KLIL
Sunday, July 27, 2014
Konsep PBS (PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH)
Tuesday, May 14, 2013
SELAMAT HARI GURU
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
1979
Saturday, May 11, 2013
Kita ada ibu
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu:
ibu kita satu
pesanannya beribu-ribu.
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu:
"Buat begini jangan begitu
bacalah buku
selalu
kukuhkan diri dengan ilmu
pilihlah kawan yang mulia
hati
tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang yang
punya petunjuk
tolaklah kawan penagih rokok."
ibu yang satu
menyekat kita di pintu
bertanya ke mana arah tuju
"jagalah
diri selalu
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita
menjadi jemu
mendengar pesanan ibu beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa masuk perangkap
Si bedul sudah ditangkap
Si Bedul masuk lokap
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"pilihlah kawan yang bermutu
jang dipilih kawan berhantu"
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
Ya, pesanan ibu.
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
mendengar pesanan ibu beribu-ribu
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu
"jangan dibiar kepala berkutu
carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja
seorang temanku merintih
kerana kehilangan kekasih
kini baru disedarinya
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa masuk perangkap
Si bedul sudah ditangkap
Si Bedul masuk lokap
Dia menyatakan kesalnya
kerana dia alpa
ibunya berpesan sejak dulu
"pilihlah kawan yang bermutu
jang dipilih kawan berhantu"
Mengenangkan nasib temanku itu
aku merindui pesanan ibu
Ya, pesanan ibu.
Ibu,
kuyakini kau mengenali
yang mana permata, yang mana kaca
yang mana budaya, yang mana buaya
berilah pesanan beribu-ribu
malah berpuluh ribu
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.
- Puisi ini karya Rahman Shaari.
Wednesday, February 6, 2013
AL-FATIHAH: AZLI PAAT
*****Azli Paat adalah guru saya secara on-air. Saya tidak pernah berjumpa beliau. Rupanya pun saya tidak berapa cam. Tetapi sentiasa mengikuti kuliah beliau melalui siaran radio semasa saya memandu ke tempat kerja. Pertama kali saya ikuti (tahun 1999) semasa saya bertugas di Lembaga Peperiksaan, Jalan Duta. Antara yang pertama saya ingat ialah bagaimana dia menjelaskan konsep dan idea DAPAT iaitu satu daripada hasil idea beliau yang sangat kreatif. Banyak yang saya pelajari tentang ilmu ICT walaupun segmentnya pendek tapi jelas, padat, ringkas dan mudah dibuat.
***** Tahun 2005, pada satu pagi saya memandu ke pejabat (JPN Kelantan dari Pasir Pekan) semasa mula beratur untuk naik Jambatan Sultan Yahya Petra... segmen Arif IT (Radio 1) seperti biasa keudara. Tajuk pagi itu ialah buat blog dengan cara macam menyediakan kuih raya (Kuih Tunjuk)... pergi kedai tunjuk-tunjuk-tunjuk dan dah siap kuih raya... So mcm tu juga kata AZLI PAAT, nak buat homepage cara mudah senang jer... yg penting ada komputer, akses internet. Taip je.. www.blogger.com lepas tu dia ajar mula nak daftar, login, password, create layout dll lepas tu selesai buka satu blog. Untuk untuk buat post, save, post, edit dll lihat saja kat situ dah lengkap semua toolbar yang disediakan. Oh mudahnya.
Segment 10 minit itu sudah difahami dan petang itu saya sudah explore apa yg dia ajar, memang jumpa semua apa yang dia ajar dan pada malam itu juga saya dah siap bina blog pertama iaitu: http://jqafkelantan.blogspot.com/ On Blogger since February 2005.... tapi blog ini dah lama saya tak buka dan tak urus sampai adh lupa password untuk editing.
Seingat saya masa saya mula2 beli komputer tahun 1996 semasa mengajar di Sarawak dulu, saya pernah buka satu homepage guna html... payah sangat nak buat kalau nak bold, italic, warna dll semua pakai kod. Guna blogspot ini amat mudah.
Sekarang saya dah buka blog ini: http://wmzuhairi.blogspot.com/. BLOG INI ADALAH HASIL DARIPADA TITISAN ILMU YANG SAYA KUTIP DARIPADANYA. Sekarang lagi mudah dan semua amat senang untuk diurus. Terima kasih Azli Paat, kuliah 10 minit di radio (Februari 2005) itu rupanya itulah kuliah pasal blog yg pertama dan terakhir yg sama dengar darinya. Lepas itu saya dengar tajuk lain pula...tapi impaknya, saya dapat ilmu dan saya boleh guna sampai sekarang. SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS ROHNYA DAN SETIAP ILMU YANG DICURAHKAN KEKAL ABADI MENJADI BEKALAN MENUJU ALAM BAQA.
AL-FATIHAH

-------------------------------------------------------------------------------
Laporan Berita:
Berita yang mungkin agak mendukacitakan untuk dunia teknologi tempatan, dimana hari ini, pakar IT dan juga kandungan mudah-alih tempatan, saudara Azli Paat meninggal dunia. Beliau telah membawakan pelbagai inovasi dalam dunia IT dan kandungan mudah-alih di Malaysia.

Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.
Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA

Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia 2013/02/07 - 00:45:47 AM
KUALA LUMPUR:
Pemenang Anugerah Perdana Menteri 'Best of the Best' APICTA 2012, Azli Paat
meninggal dunia akibat demam panas di rumahnya di Bukit Segambut, di sini,
malam ini.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Azli, seorang pakar dalam bidang teknologi maklumat (ICT) dan pengasas Ada Vista Sdn Bhd, berusia 46 tahun.
Anak kedua Allahyarham, Ahmad Naim, 23, berkata
bapanya menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada kira-kira jam 7 malam.
Katanya bapanya mengalami demam panas sejak semalam dan hanya mendapatkan rawatan biasa di klinik berdekatan rumahnya.
Allahyarham meninggalkan balu serta 10 orang anak iaitu enam lelaki dan empat perempuan.
Ahmad Naim berkata jenazah akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor, pagi esok.
Azli adalah pengasas DAPAT SMS dan mySMS 15888 yang mengubah cara orang awam dan organisasi berkomunikasi di antara satu sama lain.
Beliau juga pencetus idea mewujudkan RakanCop di mana orang awam kini dapat bekerjasama dengan pihak polis bagi mencegah jenayah sebelum ia terjadi.
Beliau juga berkongsi maklumat mengenai teknologi maklumat di media termasuk menjadi panel penceramah Bernama Radio 24.
Penerbit Bernama Radio 24, Kok Jun Sern, 30, berkata Allahyarham menjadi panel penceramah di stesen radio tersebut dalam satu program berbentuk ceramah, seminar dan perkongsian maklumat serta tips terkini mengenai teknologi maklumat bermula jam 7.30 pagi setiap hari.
Menurutnya, Azli menjadi panel dalam program berkenaan sejak 2007.
"Allahyarham seorang yang ceria, bijak dan merendah diri," katanya.
Pada majlis Anugerah Teknologi Maklumat dan Komunikasi Asia Pasifik (APICTA) tahun lalu, allahyarham menerima anugerah tersebut daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA
Sunday, November 4, 2012
SELAMAT MENDUDUKI SPM & STPM 2012
Selamat menduduki peperiksaan SPM, STPM dan TING 6 BAWAH kepada semua calon dengan iringan doa moga cemerlang dan dapat menjawab dengan terbaik insya Allah. Sebanyak 472,541 calon akan menduduki peperiksaan SPM di 3,590 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini hingga 6 Disember ini.

Monday, October 29, 2012
HAYATI FALSAFAH KORBAN
TIDAK AKAN SAMPAI DAGING DAN DARAH KEPADA ALLAH. YANG SAMPAI HANYALAH KETAQWAAN DAN KETULUSAN HATI HAMBANYA YANG LEMAH INI.
KITA DITUNTUT MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN INTI PATI DAN FALSAFAH YANG TERKANDUNG DALAM IBADAH AGUNG INI.
PROSES E-PELAPORAN OKTOBER 2012
PROSES PENGISIAN E-PELAPORAN SEDANG RANCAK BERLANGSUNG DI PERINGKAT SEKOLAH. E-SATU, E-DUA, E-TIGA, E-EMPAT, E-LIMA, E-ENAM. KEMUDIAN DISATUKAN KE DALAM E-SEKOLAH. SILA SEMAK DAN PASTIKAN KETEPATAN DATA. E-SEKOLAH YANG TELAH SIAP AKAN DIHANTAR KEPADA PPD MASING-MASING (E-PPD). SILA PASTIKAN DATA MENTAH DI SEKOLAH WUJUD DAN DAPAT DIKEMUKAKAN APABILA DIMINTA. SEMUANYA UNTUK MEMASTIKAN KETEPATAN DATA. TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN SEMUA PIHAK.
Tuesday, December 27, 2011
SELAMAT TAHUN BARU 2012
Firman Allah:
“Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
“Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
.
PRINSIP KERJA X-PLUS:
Setiap pasukan profesional pendidik dan pegawai pendidikan perlu
menerapkan budaya prestasi tinggi berasaskan PRINSIP KERJA X-PLUS.
Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan ETP (Pelan Transformasi Ekonomi);
memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk
keberhasilan kerja aras cemerlang (eXcellence) berteraskan
Pengetahuan, Latihan, Usaha dan semangat Sepasukan.
keberhasilan kerja aras cemerlang (eXcellence) berteraskan
Pengetahuan, Latihan, Usaha dan semangat Sepasukan.
.
9 FOKUS
JPN KELANTAN:
1.
PEMANTAPAN
KEPIMPINAN
2.
KECEMERLANGAN
PEPERIKSAAN AWAM (TOP 5)
3.
PENGUKUHAN
DISIPLIN,SAHSIAH DAN JATI DIRI PELAJAR
4.
SEKOLAH
YANG BERSIH, CERIA DAN SELAMAT (3 K)
5.
MENJAYAKAN
NKRA DAN KPI
6.
SISTEM
PENYAMPAIAN YANG BERKESAN
7.
KECEMERLANGAN
SUKAN DAN KOKURIKULUM
8.
GURU,PEGAWAI
DAN KAKITANGAN PENDOKONG ASPIRASI NEGARA
9.
PENGURUSAN
SUMBER MANUSIA DAN ORGANISASI.
Sunday, June 19, 2011
MUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB 2011
MUAT TURUN SOALAN-SOALAN
PKSR BAHASA ARAB
PERTENGAHAN TAHUN 2011
melalui Laman Web:
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DI PAUTAN INI
MESYUARAT JK KURIKULUM PEND. ISLAM / B. ARAB - BPK KPM
Pada 19-21 April 2011, saya bersama Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam (Ustaz Md. Radzi Omar) dan Penolong Pengarah Bahasa Arab (Ustazah Nik Salwani Nik Abd. Rahman) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pendidikan Islam / Bahasa Arab bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM di Klang, Selangor.
Subscribe to:
Posts (Atom)