SILA KLIL

Monday, October 29, 2012

HAYATI FALSAFAH KORBAN

TIDAK AKAN SAMPAI DAGING DAN DARAH KEPADA ALLAH. YANG SAMPAI HANYALAH KETAQWAAN DAN KETULUSAN HATI HAMBANYA YANG LEMAH INI.
KITA DITUNTUT MENGHAYATI DAN MENGAMALKAN INTI PATI DAN FALSAFAH YANG TERKANDUNG DALAM IBADAH AGUNG INI.

PROSES E-PELAPORAN OKTOBER 2012

PROSES PENGISIAN E-PELAPORAN SEDANG RANCAK BERLANGSUNG DI PERINGKAT SEKOLAH. E-SATU, E-DUA, E-TIGA, E-EMPAT, E-LIMA, E-ENAM. KEMUDIAN DISATUKAN KE DALAM E-SEKOLAH. SILA SEMAK DAN PASTIKAN KETEPATAN DATA. E-SEKOLAH YANG TELAH SIAP AKAN DIHANTAR KEPADA PPD MASING-MASING (E-PPD). SILA PASTIKAN DATA MENTAH DI SEKOLAH WUJUD DAN DAPAT DIKEMUKAKAN APABILA DIMINTA. SEMUANYA UNTUK MEMASTIKAN KETEPATAN DATA. TERIMA KASIH ATAS KOMITMEN DAN KESUNGGUHAN SEMUA PIHAK.

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Firman Allah:
Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu kerjakan.” (Surah at-Taubah, ayat 105)

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesungguhnya Allah sangat suka (bahkan cinta) jika seseorang daripada kamu, melakukan kerja, maka dia bekerja dengan tekun.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)
.

PRINSIP KERJA X-PLUS:
Setiap pasukan profesional pendidik dan pegawai pendidikan perlu menerapkan budaya prestasi tinggi berasaskan PRINSIP KERJA X-PLUS.  Inilah prinsip kerja kaum profesional era GTP (Pelan Transformasi Kerajaan) dan ETP (Pelan Transformasi Ekonomi); memaksimumkan impak penyampaian perkhidmatan dalam bentuk
keberhasilan kerja aras cemerlang (e
Xcellence) berteraskan
Pengetahuan, Latihan, Usaha dan semangat Sepasukan.
.

9 FOKUS JPN KELANTAN:
1.     PEMANTAPAN KEPIMPINAN
2.     KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN AWAM (TOP 5)
3.     PENGUKUHAN DISIPLIN,SAHSIAH DAN JATI DIRI PELAJAR
4.     SEKOLAH YANG BERSIH, CERIA DAN SELAMAT (3 K)
5.     MENJAYAKAN NKRA DAN KPI
6.     SISTEM PENYAMPAIAN YANG BERKESAN
7.     KECEMERLANGAN SUKAN DAN KOKURIKULUM
8.     GURU,PEGAWAI DAN KAKITANGAN PENDOKONG ASPIRASI NEGARA
9.     PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN ORGANISASI.


Sunday, June 19, 2011

MUAT TURUN SOALAN PKSR BAHASA ARAB 2011

MUAT TURUN SOALAN-SOALAN

PKSR BAHASA ARAB

PERTENGAHAN TAHUN 2011

melalui Laman Web:

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM,

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DI PAUTAN INI

Kata Laluan: bpk2388

MESYUARAT JK KURIKULUM PEND. ISLAM / B. ARAB - BPK KPM






Pada 19-21 April 2011, saya bersama Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam (Ustaz Md. Radzi Omar) dan Penolong Pengarah Bahasa Arab (Ustazah Nik Salwani Nik Abd. Rahman) menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pendidikan Islam / Bahasa Arab bersama Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), KPM di Klang, Selangor.

Sunday, November 14, 2010

SALAM AIDIL ADHA










Di saat ini para tetamu dan kekasih Allah berduyun-duyun menuju ke Padang Arafah untuk menunaikan salah satu daripada rukun haji... wuquh di Arafah. Selamat mengerjakan ibadah haji dan mendapat haji yang mabrur insya Allah. Bagi kita di tanahair, kita sambut kemunculan ibadah agung ini dengan Sambutan Aidil Adha, takbir, tahmid dan tasbih serta ibadah korban. Semoga setiap titisan darah korban yang mengalir ke bumi menjadi saksi pengorbanan hamba kepada Allah Yang Maha Agung Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selamat Hari Raya Aidil Adha Maaf Zahir dan Batin.

Tuesday, September 21, 2010

SOALAN PKSR BAHASA ARAB j-QAF - OKTOBER 2010




SILA KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN


SILA MUAT TURUN SEMUA SOALAN PENTAKSIRAN (PKSR) BAHASA ARAB j-QAF UNTUK PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN MURID-MURID KELAS PROGRAM j-QAF.: (password: bpk2388)

- PKSR BAHASA ARAB TAHUN 3 - OKTOBER 2010

- PKSR BAHASA ARAB TAHUN 4 - OKTOBER 2010

- PKSR BAHASA ARAB TAHUN 5 - OKTOBER 2010

- PKSR BAHASA ARAB TAHUN 6 - OKTOBER 2010



- PKSR BAHASA ARAB TAHUN 1,2:
MENGGUNAKAN SKALA KADAR PKSR SEPERTI YANG DISEDIAKAN DALAM BUKU PANDUAN

Monday, September 20, 2010

Aku Seorang Guru... mendidik & mentaksir







Kata Imam Ghazali:
“Seorang guru yang hanya memikirkan mengajar sahaja tanpa memikirkan masa depan muridnya, lebih baik jangan jadi guru”.


Pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran adalah 3 proses yang tidak boleh dipisahkan. Sejauh mana kita mengajar apa yang ingin dipelajari oleh pelajar? Sejauh mana kita mentaksir pengajaran kita, tindak balas murid2, reaksi mereka, minat dan kefahaman mereka? Sejauh mana kita membuat penambahbaikan dalam perancangan, proses dan penilaian pengajaran kita? Sejauh manakah pelajar kita belajar dan menguasai apa yang diajar?

"...Raising the standards of learning that are achieved through schooling is an important national priority".

"...Learning is driven by what teachers and pupils do in classrooms. Teachers have to manage complicated and demanding situations, channeling the personal, emotional, and social pressures of a group of 30 or more youngsters in order to help them learn immediately and become better learners in the future. Standards can be raised only if teachers can tackle this task more effectively".

SELAMAT MENDUDUKI UPSR 2010





Kepada seluruh calon UPSR diucapkan selamat menduduki peperiksaan mulai hari ini (21 - 23 September 2010). Doa dan harapan moga anak-anak sekalian diberi ketenangan, keyakinan, kesihatan, kekuatan mental dan fizikal sepanjang masa menjawab setiap soalan. Semoga Allah beri kejayaan cemerlang untuk semua sekaligus kejayaan untuk anak-anak, ibu bapa, guru-guru, sekolah, PPD, JPN dan seluruhnya. Kepada guru-guru yang mendidik dan mengasuh dengan penuh gigih dan dedikasi didoakan semoga setiap pengorbanan yang kalian berikan mendapat keberkatan daripada Allah Yang Maha Pemurah. Selamat Maju Jaya dan cemerlang Insya Allah.

Friday, September 10, 2010

SELAMAT DATANG BERAYA DI BLOG TERBUKA
























SELAMAT HARI RAYA SEMUA. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. WALAUPUN SINGGAH KEJAP DAN TAK DAPAT MENJAMU SELERA, CUKUPLAH MENIKMATI SEDIKIT HIDANGAN YANG SAYA SEDIAKAN DI BLOG INI. MAKLUMLAH, RAYA KAT BLOG MACAM NI AJE LAH ALA KADAR. TERIMA KASIH DAN MOGA ALLAH BERKATI KUNJUNGAN SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN.