SILA KLIL

Sunday, October 4, 2009

KURSUS PEMANTAPAN j-QAF 2009




Kursus Pemantapan Guru j-QAF 2009 Siri 1 melibatkan 103 peserta dari PPD Kota Bharu, Bachok dan Tumpat berlangsung di SK Seri Aman, Pasir Puteh pada 4-5 Oktober 2009. Manakala Siri 2 dilaksanakan pada 14-15 Oktober 2009 melibatkan 106 orang peserta dari PPD Pasir Mas, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang. Kursus 2 hari tanpa bermalam selama 2 siri ini adalah merupakan kursus wajib bagi setiap orang guru j-QAF yang baru tamat latihan perguruan berasaskan sekolah (LPBS) selama setahun setengah. Terima kasih kepada JU selaku penceramah dan fasilitator yang terlibat. Apa yang menarik saya saksikan kali ini ialah keupayaam JU yang mampu menyampaikan input dengan lebih mantap, lebih baik dan padat dengan pengalaman on site yang lebih bersifat field work study dan realistic approach berdasarkan aktiviti try and error yang memang amat baik dalam proses menjadi semakin matang dalam perkembangan mutu kerjaya kita. Tahniah dan terima kasih untuk semua.

5 CABARAN PELAKSANAAN j-QAF KELANTAN






Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana j-QAF Negeri Kelantan dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Tuan Haji Mohd Ghazali Ab. Rahman.

Hadir sama ialah Ketua-Ketua Sektor JPN, Pegawai Pelajaran Daerah, semua pegawai SPI JPN Kelantan, Pegawai j-QAF PPD serta wakil MGB, BTP, IPKB dan JNS Negeri Kelantan.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah menjelaskan 5 cabaran utama pelaksanaan program j-QAF JPN Kelantan yang meliputi perkara berikut:
(1) j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL
(2) MENCAPAI TERAS PIPP
(3) KELANTAN TERSOHOR 2010
(4) LAPORAN PARLIMEN 2010
(5) RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.


CABARAN 1: j-QAF TIDAK BOLEH GAGAL:
Memastikan setiap model j-QAF mencapai objektif selaras dengan peruntukan besar, pertambahan guru dan peralatan yang disediakan. Jangka masa 6 tahun di sekolah rendah perlu bagi pencapaian objektif & matlamat pelaksanaan j-QAF bagi proses pembinaan Negara Bangsa.

CABARAN 2: MENCAPAI TERAS PIPP:
Memastikan outcome setiap unjuran pencapaian dalam semua teras mencapai tahap keyakinan rakyat terhadap dasar kerajaan dan meneguhkan kepercayaan kerajaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dengan pendekatan yang Produktif, Kreatif, Inovatif.

CABARAN 3: KELANTAN TERSOHOR 2010:
Memastikan pencapaian setiap elemen j-QAF, 100% Khatam dengan mengutamakan pengurusan headcount pencapaian setiap murid. Pencapaian j-QAF mesti menyumbang kepada Kelantan Tersohor 2010.

CABARAN 4: LAPORAN PARLIMEN 2010:
Memastikan laporan pencapaian j-QAF bagi negeri Kelantan pada tahap amat memberangsangkan dan mendokong inspirasi kerajaan apabila dibentangkan di Parlimen pada tahun 2010

CABARAN 5: RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN:
Dalam konteks Satu Malaysia, kita amat perlu memahami kehendak rakyat: Basmi gejala sosial, hidup beragama, membina generasi beriman, berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia) Pembinaan negara yang aman makmur bermula dengan pendidikan berkesan berteraskan Quran & Fardhu Ain.

PEMANTAUAN KBS PPD PASIR MAS








Pelaksanaan Kem Bestari Solat Program j-QAF sudah masuk ke siri kali keempat sekarang ini. Pelbagai kaedah digunakan oleh pihak sekolah dengan inisiatif GPI, Guru j-QAF dan Guru KAFA. Bersama Ustaz Anuar Che Omar (Pegawai Khas j-QAF PPD P.Mas), saya sempat menimba pengalaman di SK Sultan Ibrahim (1), SK Dato' Abd. Hamid (2) dan SK Bechah Durian, Pasir Mas pada hari Sabtu lepas.

Saturday, October 3, 2009

TERIMA KASIH JU PELAPORAN










Setinggi-tinggi terima kasih kepada semua JU Pelaporan j-QAF yang terdiri daripada Pegawai Khas j-QAF PPD, Penyelia Pendidikan Islam serta Jurulatih di kalangan Guru j-QAF di setiap PPD yang telah bertungkus lumus menyiapkan pelaporan peringkat PPD masing-masing.

70 MURID TURUS JAYAKAN KIOS j-QAF DI GUA MUSANG








SK Tengku Muhd Fakhri Petra telah memberi tauliah Murid Turus kepada seramai 70 orang murid kelas j-QAF telah menguasai aspek pembacaan al-Quran. Kumpulan Murid Turus ini membantu guru dalam proses P&P Khatam al-Quran dan Tasmik. Pengurusan j-QAF sekolah juga telah menubuhkan Kiosk j-QAF yang berfungsi sebagai Klinik al-Quran yang dianggotai oleh Murid Turus dengan bimbingan Guru Pembimbing. Murid-murid yang memerlukan bimbingan rakan sebaya secara bergilir-gilir di Kiosk j-QAF pada waktu rehat.