SILA KLIL

Wednesday, April 22, 2009

TUAN PENGARAH LAWAT PAMERAN j-QAF





Tuan Haji Mohd Ghazali Ab Rahman, Pengarah Pelajaran Kelantan telah singgah di sudut pameran yang dikendalikan oleh JPN Kelantan. Beliau bersama isteri dan anaknya meluangkan masa lebih kurang 10 minit bersama petugas dan menyaksikan bahan-bahan yang dipamerkan sempena Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-30. Terdahulu beliau sekeluarga menghadiri perasmian Majlis Menghafaz al-Quran bersama tetamu jemputan lain. Tuan Pengarah meninggalkan sudut pameran JPN Kelantan lebih kurang jam 12.00 tengah malam. Perasmian majlis telah diadakan pada 6 April 2009 (9.00 malam). Pada malam pertama seramai 6 orang peserta tahfiz telah mempersembahkan hafazan masing-masing. Majlis peringkat kebangsaan yang julung-julung kalinya diadakan di abad ini berjaya menarik hadirin yang terdiri daripada masyarakat setempat dan para pelajar institut tahfiz serta pencinta al-Quran dari seluruh pelusuk negeri ini. Peserta tahfiz datang dari seluruh negara berkampung selama 5 hari di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

PAMERAN PENDIDIKAN AL-QURAN





Sempena Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan Kali Ke-30 yang diadakan di Balai Islam Lundang, Kota Bharu pada 6-10 April 2009, satu pameran mengenai al-Quran turut diadakan. 5 agensi turut serta: JPN Kelantan (Pendidikan al-Quran, Program j-QAF dan SABK), JAKIM (Penyelewengan al-Quran, Darul al-Quran - Klinik al-Quran), Muzium Kelantan (Sejarah pengajian al-Quran), JAHEIK (Sistem Pengajian Tahfiz al-Quran) dan YIK (Institusi Tahfiz al-Quran).