SILA KLIL

Monday, June 8, 2009

KURSUS PEDAGOGI GPI Program j-QAF

Baru-baru ini telah diadakan Kursus Pedagogi P&P Pendidikan Islam untuk GPI Tahun 5 di sekolah pelaksanaan Program j-QAF Kohort 2005 dan GPI Tahun 1 bagi Kohort 2009. Kursus sehari suntuk dilaksanakan selama 2 siri di SK Bukit Jawa (2), Pasir Puteh dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu. Pengisian utama kursus ini ialah pendedahan kepada pendekatan P&P termasuk Pengajaran Kolaboratif dan Pembelajaran Koperatif kepada GPI yang baru terlibat dalam pelaksanaan program j-QAF. Semua model j-QAF didedahkan secara khusus oleh penceramah yang terdiri daripada JU, Pegawai j-QAF PPD dan pegawai daripada SPI JPN sendiri. Terima kasih kepada Ustaz Ghazali Mat Taib (PP Pend. Islam Teras (Rendah) SPI, JPN selaku pengurus projek dan dua tonggak JU Ustaz Husni Nasim SK Muhammad Tengku Fakhri Petra dan Ustaz Nik Ahmad Haziki SK Tanah Merah (1) serta Ustazah Azizah SK Seri Kota. Terima kasih juga kepada IPKB atas kerjasama baik ini. Pegawai-Pegawai j-QAF PPD dan JPN juga telah membuat satu pemantauan P&P secara khusus di SK Bukit Jawa (2) semasa slot Pemulihan Jawi dibentangkan oleh JU. Kelas Pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang sedang berlangsung sempat dicerap secara berkumpulan oleh pegawai yang hadir di situ. Hasilnya satu sesi dialog dan bimbingan secara hands on juga sempat dilaksanakan selepas itu bersama semua GPI, Guru j-QAF dan Guru Besar sendiri. Banyak input dan maklumat dapat disalurkan secara terus hasil pemantauan itu yang diharapkan memberi manfaat kepada pelaksanaan j-QAF di sekolah ini.