SILA KLIL

Sunday, November 22, 2009

KLAQ 2009





SAMBUT JENAZAH DARI LUBOK ANTU

Tuan Pengarah Pelajaran Kelantan, Ketua Sektor Pendidikan Islam dan pegawai-pegawai JPN Kelantan dan PPD Tumpat adalah antara yang turut berada di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa menyambut ketibaan jenazah seorang guru j-QAF yang meninggal dunia akibat lemas di Lubok Antu, Sarawak. Jenazah diiringi oleh Penolong Pengarah j-QAF JPN Sarawak serta Penyelia Pendidikan Islam PPD Seri Aman tiba dan diterima oleh bapa allahyarham. Jenazah selamat disemadikan di tanah perkuburan diTumpat, Kelantan setelah disembahyangkan di rumahnya. Turut serta menyembahnyangkan jenazah ialah Tuan Pengarah Pelajaran, Pegawai PPD Tumpat, KPP SPI JPN Kelantan dan pegawai-pegawai lain bersama-sama dengan sanak saudara dan masyarakat sekitar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menguruskan jenazah termasuk Jabatan Kesihatan Kelantan, Hoapital Raja Perempuan Zainab II dan anggota Tentera Di Raja Malaysia Kem Desa Pahlawan.




AL-FATIHAH Untuk Guru j-QAF yang telah pergi


AL-FATIHAH untuk semua guru j-QAF Kelantan yang telah pulang ke rahmatullah. Sejak j-QAF mula dilaksanakan pada tahun 2005 sehingga kini sudah 5 orang sahabat kita yang terdiri daripada guru-guru j-QAF telah meninggal dunia. (1) Ustaz Syukrillah - SK Bukit Abal, (2) Ustaz Abd Hadi - SK Demit 1, (3) Ustaz Fadhli - SK Hamzah 1, (4) Ustaz Safuan - SK Bertam, (5) Ustazah Rosni - SK Pasir Pekan.

Selepas ini mungkin kita pula yang akan mengikut langkah pemergian yang tidak kembali ini. Sama-samalah kita muhasabah dan mempersiapkan diri menuju ke rahmatullah.

Sehari sebelum pemergian Ustazah Rosni... iaitu pada 7 Oktober 2009, dia bersama-sama guru lain dan murid melaksanakan Kem Bestari Solat j-QAF dan selepas itu melatih pasukan Kalam Jamai'e. Beliau jatuh semasa menyediakan juadah untuk bersahur puasa Syawal di rumahnya dan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan keluarga di bulan Syawal lepas (8 Oktober 2009).

Berikut adalah rakaman lensa suasana sedih pada pagi pemergian Ustazah Rosni di perkarangan SK Pasir Pekan.... lebih 1200 orang murid SK Pasir Pekan yang terdiri dari Kelas PRA sehingga Tahun 6 bersama guru-guru berhimpun seawal pagi untuk membaca al-Fatihah dan Surah Yasin bersama-sama di padang sekolah.



UPSR 2009: TERIMA KASIH & TAHNIAH!



Keputusan UPSR 2009 sudah diumumkan dan apa yang pasti Kelantan berjaya meningkatkan pencapaian berbanding dengan tahun lepas. Semuanya berkat doa dan usaha gigih semua pihak bermula dengan Tuan Pengarah Pelajaran negeri dan yang paling utama sekali ialah kepimpinan Guru Besar dan guru-guru yang berada di barisan hadapan kejayaan ini. Tahniah kepada anak-anak yang yang berjaya dengan cemerlang. Tahniah kepada guru-guru. Terima kasih atas usaha gigih kalian semua. Bagi pihak ibu bapa yang memiliki seorang anak yang merupakan calon UPSR, kami gembira dan syukur atas pencapaian seorang anak kami. Tetapi yakin dan percayalah guru-guru, anda semua telah mencipta sejarah hebat untuk seluruh anak didik yang berada di dalam bimbingan kalian semua. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih atas segala-galanya. Moga Allah memberkati usaha kita semua....guru-guru dan ibu bapa. Syukur Alhamdulillah dan Tahniah juga untuk anakanda Wan Faris Fawwaz kerana berkat usaha dan tunjuk ajar cikgu-cikgu berjaya dapat 5A. Moga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk adik-adik yang lain.