Hari ini, 14 Mac 2016... lebih kurang 2 tahun saya tidak update my blog. Apabila saya meng'post' last posting pada 27 Julai 2014, seolah2 itulah posting terakhir dan tiada perkongsian terbaharu, macam ownernya sudah meninggal dunia, sedangkan saya melihat saban hari, ada sahaja pengunjung yang melawati blog saya ini... 53,368 lawatan. Saya memohon maaf atas kekurangan ini. Nantilah kalau ada kelapangan masa dan umur, saya update ilmu dan perkongsian di sini. Moga jadi sedikit علم ينتفع به sedikit perkongsian di sini. Mungkin kerana tidak sempat. Apa yang saya buat sekarang ni ialah share info bermanfaat dan menarik di: my Wall FB sahaja, satu kerja mudah utk panjangkan sharing ilmu dgn orang yang masih hidup. Just click and share je, dan ia kekal terpampang di situ selagi kita tidak remove. Mari kita pakat rebut 5 perkara sebelum datang 5 perkara.
Cuba anda klik BLOG ARMAN, sahabat saya yang last postingnya pada tahun 5 November 2009, sebenarnya dia telah kembali ke rahmatullah pada hujung tahun tersebut (masa tu dia bertugas di Amman Jordan sebagai Attache Pendidikan), tetapi sampai kini blognya masih boleh dibuka, ada cerita dia mengislamkan seseorang di situ.