SILA KLIL

Friday, December 18, 2009

TAKLIMAT PERSEDIAAN j-QAF 2010 NEGERI KELANTAN


Sektor Pendidikan Islam, JPN Kelantan selamat mengadakan 6 Siri Taklimat Persediaan Pelaksanaan Program j-QAF 2010 kepada Guru Besar / Penolong Kanan Pentadbiran dan GPI Tahun 2010 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kelantan. Taklimat bermula pada 8-10/12/2009 dan 13-15/1/2009 mengikut kohort 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009. Kandungan taklimat adalah lebih menekankan aspek post mortem pencapaian 6 bulan kedua 2009, pelaporan, maklum balas pemantauan serta pelaksanaan sepanjang tahun 2009. Turut ditekankan adalah berkenaan dengan senarai semak pelaksanaan yang perlu dikemas kini selewat-lewatnya pada 7/1/2010. Semua siri taklimat diberikan oleh saya dan Ustaz Ghazali Mat Taib. KS juga sempat bersama memberi amanat dalam siri ke 4 dan 5. Terima kasih kepada sahabat Pegawai j-QAF PPD yang turut hadir menjadi urusetia dan pemudah cara dalam setiap slot. Maklumat lanjut berkenaan dengan senarai semak akan saya link di sini nanti. Ada banyak perkara perlu diupdatekan tetapi perlu dimurnikan sedikit lagi.

No comments: