SILA KLIL

Sunday, May 17, 2009

Amanat TKSU: WASPADA 3 'TA'...

YBhg Datuk Kamaruzaman Mohd Noor, TKSU (Pengurusan)KPM dalam ucapan semasa majlis makan malam sempena Hari Bertemu Pelanggan KPM telah mengingatkan kita semua supaya berwaspada terhadap TIGA 'TA':

(1) TAKHTA - jangan lupa diri dan jangan salah guna kuasa
(2) HARTA - jangan terdorong untuk menerima rasuah, sogokan, memalsukan dokumen untuk membuat tuntutan yang tidak wujud
(3) WANITA - jangan terpedaya dengan wanita, isteri orang, staf di tempat kerja yang memdorong kepada maksiat.



TIGA perkara lagi disebut oleh beliau ialah berkenaan dengan:
(1) SYSTEM MAINTENANCE - iaitu kita meneruskan trend kerja yang baik dan positif dengan meninjau di mana wujud kekuatan yang boleh dimanfaatkan di dalam sistem
(2) PATTERN ADAPTATION- mencontohi dan membuat nilai tambah kepada pencapaian atau usaha yang telah dibuat oleh anggota di dalam sistem. Jika terdapat pendekatan sama yang telah diambil oleh PPD lain contohnya maka kita perlu develope saja tanpa perlu mencipta sesuatu yang baru, lain dengan tujuan untuk bersaing.
(3)SYSTEM DEVELOPE- membangunkan sistem kerja yang baik dan kemudian dicontohi menjadi pattern system.

"Produktiviti yang berganda perlu diolah dengan usaha berganda dengan nilai kreativiti dan inovasi tanpa perlu menambah saiz kerajaan"

No comments: