SILA KLIL

Saturday, May 16, 2009

Hari Pelanggan KPM




Bertempat diruang legar pasaraya KB Mall, Kota Bharu telah diadakan Hari Pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program selama 2 hari bermula pada 24 - 25 April 2009 dirasmikan oleh Datuk TKSU (Pengurusan)KPM. Sambutan hangat drp penduduk sekitar Kota Bharu dan negeri Kelantan terhadap program bersama pelanggan ini turut diserikan dengan penampilan Kumpulan Nasyid Rabbani dan persembahan pelbagai acara menarik melibatkan pelajar sekolah di negeri ini. Seperti biasa SPI juga turut terlibat membantu di sudut pameran JPN Kelantan dan juga BPI KPM.



Selain memberi peluang kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat secara terus daripada KPM, Hari Bertemu Pelanggan ini juga turut memberi peluang kepada masyarakat guru dan pendidik yang sedang bertugas di sekolah, PPd dan JPN untuk mendapat penjelasan tentang berbagai perkara daripada aspek kebajikan, kenaikan pangkat, peluang kerjaya, pengembangan kurikulum serta pentaksiran pelajar. Kakitangan yang dah pencen pun tidak melepaskan peluang juga tanpa pergi Putrajaya untuk dapat 'first hand info'. Pendek kata kita semua ini adalah pelanggan kepada KPM. Terima kasih kepada KPM kerana mendekat rakyat di Kelantan ini.

No comments: