SILA KLIL

Wednesday, March 25, 2009

MAJLIS PEMUAFAKATAN DAKWAH JPN

Tuan Pengarah bersama semua Ketua Sektor, Pegawai JPN, Pegawai PPD, guru-guru kawasan sekitar Pasir Puteh dan bekas-bekas pimpinan pendidikan yang telah bersara hadir di Majlis Pemuafakatan Dakwah JPN bertempat di Masjid Seri Aman, Pasir Puteh malam tadi. Turut hadir ialah Pengarah IPKB. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib Berjemaah, solat hajat memohon kecemerlangan calon UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009, bacaan Yasin dan solat Isyak berjemaah. Tuan Pengarah turut menyampaikan amanat di dalam majlis tersebut. Beliau berharap majlis tersebut dapat merapatkan silaturrahim di kalangan pimpinan dan warga pendidikan negeri Kelantan. Menurutnya kecemerlangan pendidikan anak-anak di negeri ini bukan sahaja dapat dicapai melalui usaha gigih ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri; malah faktor pertolongan Allah yang dipohon melalui doa, solat hajat juga merupakan perkara yang amat penting. Menurut Tuan Pengarah juga, roh pendidikan yang dibawa oleh bekas pendidik yang terdahulu juga diharap dapat memberi perangsang kejayaan cemelang anak-anak didik di sekolah. (Barisan AJK Masjid Seri Aman diterajui oleh majoriti bekas pimpinan pendidikan yang telah bersara - Imam: Mantan Pengetua SMKA Falahiah sekitar tahun 70-an, AJK Masjid terdiri daripada bekas Pengetua SMKA Wataniah, bekas Pengetua SMK Kamil, bekas Ketua Unit Pendidikan Islam JPN era 80-an dan beberapa pegawai PPD, dan bekas guru terdahulu. Pengerusi Masjid: KS Sektor Pendidikan Islam JPN sekarang). Majlis diakhiri dengan selawat, marhaban dan jamuan makan malam.

No comments: