Suatu pelayaran bahtera kehidupan memerlukan perahu, dayung dan semangat yang utuh untuk mengharungi arus, ombak dan badai. Tiada makna sehari berlalu tanpa mentaksir, mendidik dan menuntut. Ilmu memimpin hati untuk terus hidup beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Sabda Rasulullah saw: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat". Hidup mencipta kecemerlangan. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok biarlah menjanjikan seribu satu kenangan.
SILA KLIL
Monday, March 2, 2009
Mesyuarat & Dialog j-QAF PPD Kuala Krai
26 Februari 2009, saya dijemput bersama guru-guru j-QAF dan Guru Pembimbing sekolah j-QAF Kohort 2008 dan 2009 PPD Kuala Krai. Taklimat awal diberikan oleh Ustaz Wan Hamdi (Penyelia Pendidikan Islam PPD Kuala Krai. Kemudian sesi dialog, soal jawab dan refleksi diketuai oleh Penolong Pengarah j-QAF SPI, JPN Kelantan. Ruang masa yang agak panjang dalam kumpulan yang agak kecil memberi ruang kepada persoalan yang agak terperinci. Saya juga dapat memberi contoh dan tunjuk cara beberapa kaedah p&p yang boleh dikembangkan oleh guru-guru. Syabas atas semangat tinggi dan perhatian yang diberikan oleh guru-guru. Terima kasih kepada Ustazah Norhayati (Pegawai Khas j-QAF PPD Kuala Krai) yang mengatur format perjumpaan yang baik ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment