Suatu pelayaran bahtera kehidupan memerlukan perahu, dayung dan semangat yang utuh untuk mengharungi arus, ombak dan badai. Tiada makna sehari berlalu tanpa mentaksir, mendidik dan menuntut. Ilmu memimpin hati untuk terus hidup beriman, bertaqwa dan beramal soleh. Sabda Rasulullah saw: "Sampaikanlah dariku walau satu ayat". Hidup mencipta kecemerlangan. Moga hari ini lebih baik daripada semalam dan esok biarlah menjanjikan seribu satu kenangan.
SILA KLIL
Monday, March 2, 2009
Pemantauan Berkelompok PPD Gua Musang
8 - 9 Februari 2009, semua pegawai SPI dan PPD membuat pemantauan bersepadu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di PPD Gua Musang. Saya bersama Ustaz Zain (PPD Bachok) pergi ke SK Kuala Sungai. Boleh tahan juga teruk jalan belantara yang diredah 5 - 10 km sejam naik Hilux, kalau laju mungkin boleh menjunam gaung, berdebu tok sah cakap sebab cuaca kemarau. Setelah meredah lembah dan bukit, ladang sawit dan lereng bukit... maka tersergam bangunan sekolah, asrama dan blok yang agak cantik, baru dan menarik... nun di tengah hutan di tepi sungai. kat sini ada seorang guru j-QAF Hafiz, baru lapor diri dan everything nampak ok juga. Masa tu black-out... kata Guru Besar, biasanya ambil masa sampai 3, 4 hari baru dpt pulih balik letrik. Terima kasih sahabat-sahabat cikgu kita yang berkorban menabur jasa mendidik anak-anak di kawasan itu. Hanya Allah Yang Maha Mengira ganjaran-Nya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment