SILA KLIL

Wednesday, March 25, 2009

Embedded Assessment

"Dulu orang kaji dan publish tentang Assessment of Learning kemudian Assessment for Learning, Assessment as Learning dan macam-macam lagi. Sekarang sudah sampai ke tahap Embedded Assessment. Maknanya orang sekarang tak nak pisahkan langsung…. kalau boleh antara pengajaran dan pembelajaran dengan pentaksiran / penilaian itu sendiri. Sebenarnya inilah kehendak naluri manusia yang ingin hidup dan menghayati kehidupan dalam multi-dimensional level of thinking about diri mereka." Inilah keindahan dalam seni pendidikan dan kehidupan. Ni yang buat makin spesifik dan terperinci pemikiran pentaksiran. Allah lagi maha halus dan terperinci pentaksiran bermula dari alam sebelum kita lahir, Dia telah mempunyai kira-kira pentaksiran yang amat detail tentang diri kita sendiri.



Why Are You Doing Assessment?
Accrediting bodies for colleges and universities require evidence that the program is meeting outlined goals and objectives
An effective way to identify how well student learning outcomes are met
The results can influence changes in curriculum practices and lead to improvement in student learning

What Is Course Embedded Assessment?
A technique used within the context of a classroom to assess students’ learning by using regular coursework that students produce as the material that is assessed
Assists in the evaluation of student performance related to course objectives and goals
Has become the preferred measure to evaluate ongoing skill development for students and is tied to the curriculum

What Do You Assess?
General education achievement
Achievement in the major
Quality of instructional practices
Impact of faculty/institution/school on program

Common Assessment Methods
Pre/Post Comparison
A knowledge assessment instrument that is administered in the beginning and at the end of the course
Course Rubric
Based on agreed upon criteria to evaluate skill development. Performance level is assessed using a Likert-type scale.
Student Portfolio
A collection of different assessment activities for which a student may be evaluated
Capstone Evaluation
Is an assessment of the general education experience within a given major. It evaluates the development of skills in content and application throughout the general education program
Course Matrix
An established list of criteria for which an assessment activity is evaluated

Advantages of Using Embedded Assessment
Does not limit the autonomy of the individual faculty member in the classroom
Students do not know that their efforts are being used for assessment and perform to their standard
Time efficient
Cost effective

MAJLIS PEMUAFAKATAN DAKWAH JPN

Tuan Pengarah bersama semua Ketua Sektor, Pegawai JPN, Pegawai PPD, guru-guru kawasan sekitar Pasir Puteh dan bekas-bekas pimpinan pendidikan yang telah bersara hadir di Majlis Pemuafakatan Dakwah JPN bertempat di Masjid Seri Aman, Pasir Puteh malam tadi. Turut hadir ialah Pengarah IPKB. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib Berjemaah, solat hajat memohon kecemerlangan calon UPSR, PMR, SPM dan STPM 2009, bacaan Yasin dan solat Isyak berjemaah. Tuan Pengarah turut menyampaikan amanat di dalam majlis tersebut. Beliau berharap majlis tersebut dapat merapatkan silaturrahim di kalangan pimpinan dan warga pendidikan negeri Kelantan. Menurutnya kecemerlangan pendidikan anak-anak di negeri ini bukan sahaja dapat dicapai melalui usaha gigih ibu bapa, guru dan pelajar itu sendiri; malah faktor pertolongan Allah yang dipohon melalui doa, solat hajat juga merupakan perkara yang amat penting. Menurut Tuan Pengarah juga, roh pendidikan yang dibawa oleh bekas pendidik yang terdahulu juga diharap dapat memberi perangsang kejayaan cemelang anak-anak didik di sekolah. (Barisan AJK Masjid Seri Aman diterajui oleh majoriti bekas pimpinan pendidikan yang telah bersara - Imam: Mantan Pengetua SMKA Falahiah sekitar tahun 70-an, AJK Masjid terdiri daripada bekas Pengetua SMKA Wataniah, bekas Pengetua SMK Kamil, bekas Ketua Unit Pendidikan Islam JPN era 80-an dan beberapa pegawai PPD, dan bekas guru terdahulu. Pengerusi Masjid: KS Sektor Pendidikan Islam JPN sekarang). Majlis diakhiri dengan selawat, marhaban dan jamuan makan malam.

P&P Pendidikan Islam Program j-QAF SK Seri Kota










Monday, March 2, 2009

Membina Generasi al-Quran





Mesyuarat & Dialog j-QAF PPD Kuala Krai



26 Februari 2009, saya dijemput bersama guru-guru j-QAF dan Guru Pembimbing sekolah j-QAF Kohort 2008 dan 2009 PPD Kuala Krai. Taklimat awal diberikan oleh Ustaz Wan Hamdi (Penyelia Pendidikan Islam PPD Kuala Krai. Kemudian sesi dialog, soal jawab dan refleksi diketuai oleh Penolong Pengarah j-QAF SPI, JPN Kelantan. Ruang masa yang agak panjang dalam kumpulan yang agak kecil memberi ruang kepada persoalan yang agak terperinci. Saya juga dapat memberi contoh dan tunjuk cara beberapa kaedah p&p yang boleh dikembangkan oleh guru-guru. Syabas atas semangat tinggi dan perhatian yang diberikan oleh guru-guru. Terima kasih kepada Ustazah Norhayati (Pegawai Khas j-QAF PPD Kuala Krai) yang mengatur format perjumpaan yang baik ini.

Majlis Kenal Mesra Guru j-QAF PPD Pasir Mas


18 Februari 2009, Puan Pegawai Pelajaran Daerah PPD Pasir Mas memanggil semua guru j-QAF dan Penyelia KAFA sekolah j-QAF PPD Pasir Mas untuk berkenal mesra. Sebelum menyampaikan ucap tama, beliau bersama Penolong PPD dan Penyelia lain turut serta guru-guru mendengar taklimat khas j-QAF oleh PP j-QAF SPI. Walaupun masa agak pendek, tetapi maklumat yang disampaikan agak menyeluruh. Terima kasih Ustaz Anuar (Pegawai Khas j-QAF PPD Pasir Mas) yang mengaturkan majlis kenal mesra ini.

Pemantauan Berkelompok PPD Gua Musang

8 - 9 Februari 2009, semua pegawai SPI dan PPD membuat pemantauan bersepadu Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di PPD Gua Musang. Saya bersama Ustaz Zain (PPD Bachok) pergi ke SK Kuala Sungai. Boleh tahan juga teruk jalan belantara yang diredah 5 - 10 km sejam naik Hilux, kalau laju mungkin boleh menjunam gaung, berdebu tok sah cakap sebab cuaca kemarau. Setelah meredah lembah dan bukit, ladang sawit dan lereng bukit... maka tersergam bangunan sekolah, asrama dan blok yang agak cantik, baru dan menarik... nun di tengah hutan di tepi sungai. kat sini ada seorang guru j-QAF Hafiz, baru lapor diri dan everything nampak ok juga. Masa tu black-out... kata Guru Besar, biasanya ambil masa sampai 3, 4 hari baru dpt pulih balik letrik. Terima kasih sahabat-sahabat cikgu kita yang berkorban menabur jasa mendidik anak-anak di kawasan itu. Hanya Allah Yang Maha Mengira ganjaran-Nya.

Sunday, March 1, 2009

Taklimat j-QAF PPD Gua Musang


Taklimat Pengurusan j-QAF kepada Guru-Guru j-QAF dan Ketua Panitia Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Daerah Gua Musang telah diadakan pada 5 Februari 2009 bertempat di SMK Bandar Chiku, Gua Musang. Majlis diaturkan oleh Ustaz Fadzali (Pegawai Khas j-QAF PPD Gua Musang). Tuan Pegawai Pelajaran Daerah PPD Gua Musang telah memberi ucap tama dan diikuti taklimat oleh Penolong Pengarah j-QAF SPI serta ceramah peningkatan profesionalisme keguruan oleh Penolong Pengarah Pengurusan SABK SPI (Ustaz Muhd Fadhli). Terima kasih, majlis perjumpaan amat berfokus.